Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

See Hua Marketing lancar Mitraf 5 bermula esok

$
0
0

JEMPUTAN: Tony Ling (kedua dari Kiri) menyampaikan surat jemputan kepada Pengerusi Eksekutif Miri Housing Group Profesor Datuk Lau Siu Wai (tengah) sambil disaksikan para pegawai kanan See Hua Marketing.

MIRI: See Hua Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Bintang Megamall dan Meritz Hotel sekali lagi menganjurkan Pesta Usahawan Miri Kelima selama empat hari bermula esok (6 November).

Dinamakan sebagai Mitraf 5 (Miri Trade Fair 5), sebanyak 90 gerai bakal didirikan di pusat beli-belah tersebut yang mendapat penyertaan para perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga syarikat-syarikat korporat.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk barangan elektrik dan elektronik, perabot, produk penjagaan diri dan kesihatan, makanan dan minuman, perhiasan rumah, komputer dan teknologi maklumat, perkahwinan dan pengantin, produk kecantikan, hartanah dan banyak lagi.

Selain itu, Mitraf 5 menjanjikan keseronokan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Pada hari pertama, bermulanya pemberian tiket wayang percuma kepada para pelanggan akhbar The Borneo Post, See Hua Daily News dan Utusan Borneo dikuti sesi permainan ‘memancing anak itik’ pada jam satu petang kemudian dikuti dengan pertunjukan silap mata pada jam 6.30 petang.

Pada sebelah malam akan diadakan pertunjukan nyanyian yang menampilkan penyanyi terkenal tempatan seperti Tian Xiang dan Yu Xiang yang akan turut mempromosikan album terbaharu mereka dan seterusnya sesi menandatangani autograf.

Tian Xiang merupakan johan pertandingan nyayian Astro Classic Golden Melody 2006.

Program hari kedua akan merangkumi persembahan bina badan oleh The One Gym dan persembahan nyanyian oleh para pelajar Kolej Antarabangsa Fajar seterusnya pelancaran rasmi oleh tetamu kehormat Datuk Bandar Lawrence Lai dan Profesor Datuk Lau Siu Wai.

Pada sebelah malamnya merupakan acara persembahan ‘Diva Project Show’ oleh Geraldine Gan seterusnya mempromosikan album ‘Good Night’ diikuti oleh sesi menandatangani autograf.

Persembahan nyanyian anjuran Persatuan Muzik Miri akan menjadi salah satu aktiviti utama pada hari ketiga pesta usahawan ini.

Acara-acara lain termasuk pertunjukan ‘Borneo Model Search 5’, persembahan pentas oleh Persatuan Kung Siong, pertunjukan silap mata dan petunjukan fesyen oleh Parkson Grand.

Bagi peminat penyanyi dan pelakon Huang Qi Ming, jangan lepaskan bertemu dengannya pada sesi promosi album ‘Love Is Not Around’ pada malam hari.

Selain aktiviti-aktiviti tersebit, selama dua hari bermula Sabtu 8 November, Persatuan Graduan Taiwan akan menganjurkan Pameran Pendidikan Taiwan yang menampilkan 11 universiti terkemuka di Taiwan.

Hari terakhir akan menyaksikan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, diikuti pertandingan penciptaan fesyen anjuran Indocafe, pertandingan ‘jigsaw’ dan persembahan nayayian oleh Persatuan Muzik Miri.

Para penaja utama pesta ini termasuk United Fusion, Sistem Home Concept, Naim Land, KM Mobil, Bintang Megamall, Meritz Hotel, Astro, Passion Music & Entertainment, De Jackie Inspiration dan Golden Screen Cinema.

Untuk pengunjung yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 semasa berlangsungnya pesta usahawan ini, mereka berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang bakal dimenangi.

Oleh itu datanglah beramai-ramai ke Pesta Usahawan ini kerana masuk adalah percuma.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles


Novel : Kahwin Ganti 2


Novel : Kahwin Ganti 3


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Kahwin Ganti 6