Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Masyarakat raikan Gawai Dayak secara sederhana

$
0
0

Oleh Kepu Sidi //

Rata-rata keluarga utamakan amalan berjimat-cermat dan hanya membeli barangan keperluan utama

SARIKEI: ‘Bersifat kebiasaan.’ Itulah yang dapat dikatakan hasil tinjauan sempena sambutan Hari Gawai Dayak bagi masyarakat Dayak di sini semalam.

Beberapa lokasi seperti terminal bot ekspres dan terminal bas tidak kelihatan sesak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Seorang penduduk, Naba Noh, 34, berkata tahun ini Gawai khusus bagi dirinya sekeluarga disambut dalam suasana sederhana.

“Tahun ini kami sekeluarga merancang meraikan Hari Gawai secara ala kadar sahaja. Kita mengutamakan amalan berjimat-cermat dan hanya membeli barangan keperluan utama sahaja.

“Kita cuba mengelak pembaziran memandang kos perbelanjaan kebelakangan ini kian meningkat. Tambahan pula, pada masa kini anak-anak bersekolah dan memerlukan perbelanjaan pada setiap masa.

“Bagi kami, perkara tersebut lebih penting dari semuanya,” kata Naba yang juga merupakan bapa kepada dua orang anak  masing-masingnya berusia sekitar tujuh dan 12 tahun.

Naba bekerja sebagai pemotong kayu dan tinggal di Rumah Salun, Belawai pergi ke Sarikei membeli barang persiapan Gawai menggunakan pengangkutan bot sendiri.

Menurutnya, langkah tersebut lebih menjimatkan dan memudahkan urusan terutamanya untuk balik bagi mengelak daripada bersesak-sesak apabila menggunakan pengangkutan awam.

“Bagi saya, menggunakan bot sendiri ada kelebihan dan lebih selesa terutama bila kita membawa keluarga.

“Namun pada masa kini untuk pergi ke rumah panjang, kita terpaksa menunggu air pasang baharulah dapat bergerak kerana air cetek menyukarkan bot kita melalui banyak tunggul kayu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada bot dan juga enjin sangkut,” kata Naba ditemui di sini semalam.

Hanya beberapa lokasi tertentu seperti pusat beli-belah, pasar raya dan pasar borong sahaja agak sesak bagi masyarakat yang ingin mendapatkan barangan keperluan menyambut Gawai Dayak esok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>