Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pembantu perubatan terkejut rumah roboh

$
0
0

MIRI: Seorang pembantu perubatan di klinik kerajaan di sini terkejut apabila lantai rumahnya yang didiami sejak 25 tahun lalu runtuh menyembah bumi, beberapa hari lalu.

Mokhtar Abdullah, 59, yang tinggal di Tudan Fasa 2 terjaga dari tidur pada jam 3 pagi apabila terdengar bunyi retakan dari arah tandas rumahnya.

Beliau bergegas memastikan apa sebenarnya berlaku dan dalam sekelip mata, lantai rumahnya terus runtuh.

“Mujur kami sekeluarga selamat kerana terus keluar setelah menyedari lantai rumah hendak roboh,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri bersama isteri dan dua anaknya.

“Saya sudah tinggal di rumah ini selama 25 tahun dan ini kali pertama perkara seperti ini menimpa kami,” katanya.

Menurutnya, beliau ketika ini menumpang di rumah jiran, manakala isteri dan anak-anaknya berada di kampung.

Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin semalam bertindak menyerahkan bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri kepada Mokhtar.

Difahamkan, tahun ini merupakan tahun terakhir Mokhtar berkhidmat sebagai pembantu perubatan dan bakal bersara pada tahun hadapan.

Dalam satu kes berasingan, Lee turut menyerahkan sumbangan dalam bentuk wang tunai, pakaian, makanan dan peralatan memasak kepada empat keluarga terdiri 16 ahli terjejas akibat kebakaran kediaman pekerja sebuah syarikat pemaju perumahan di Senadin.

Turut hadir Penolong Pengarah JKM Miri, Goh Yong Kiet.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>