Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Program Kepolisan Masyarakat berlangsung dengan meriah

$
0
0

KUCHING: Program Kepolisan Masyarakat yang diadakan di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima kelmarin berlangsung dengan meriah.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan bola sepak yang disertai lapan pasukan daripada agensi kerajaan dan orang ramai.

“Ini merupakan acara yang meningkatkan semangat kesukanan dan berpasukan yang kita mahu lihat di kalangan masyarakat,” kata Komander Polis Marin Wilayah Lima ACP Saleh Mat Jani.

Beliau berkata program seperti itu merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara polis marin dan orang ramai bagi bekerjasama memerangi jenayah.

Saleh yang akan bersara penghujung bulan ini (30 April) berharap program berkenaan yang diadakan sempena Hari Polis Ke-207 diteruskan pada masa akan datang.

Program Kepolisian Masyarakat baru-baru ini dilancarkan di Bintulu sebelum diadakan di Sarikei, Sibu dan Limbang.

Pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak termasuk Pasukan Polis Marin (PPM) Kuching, PPM Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan Barracuda (pasukan kanak-kanak).

Hadir sama Timbalan Komander Polis Marin Wilayah Lima Superintenden Yazib Abdul Aziz yang bertindak sebagai pemangku komander hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859