Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Janda edar dadah diberkas lagi

$
0
0

MOHD BUKHORI

LIMBANG: Seorang janda bukan sahaja diberkas, tetapi turut cedera selepas paha kirinya tertusuk ekzos kenderaan ketika melarikan diri dalam adegan kejar-mengejar dengan polis di tepi jalan berhadapan De­wan Serba Guna Kampung Batu Bakarang di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, sepasukan polis dari Jabatan Narkotik di sini terpaksa mengejar suspek sekitar 15 minit sebaik meny­edari wanita berbangsa Lun Bawang berusia 35 tahun itu cuba melarikan diri.

Difahamkan meskipun pernah ditahan atas kesalahan mengedar dadah sebelum ini, wanita berkenaan seolah-olah tidak serik apabila masih mengulangi kesalahan sama sebelum ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Lim­bang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, op­erasi dijalankan hasil arahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap wanita itu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sini.

“Dalam operasi yang di­jalankan sepasukan polis Jabatan Narkotik di sini diket­uai Inspektor Mohd Hasri Othman, berlaku aksi kejar-mengejar terhadap wanita berkenaan yang melarikan diri menaiki motosikal.

“Sebaik tiba di satu ja­lan, motosikalnya terbabas menyebabkan dia terperosok di bawah kenderaan yang diparkir di tepi jalan sebelum paha kirinya tertusuk ekzos kenderaan terbabit,” katanya di sini kelmarin.

Mohd Bukhori berkata, wanita berkenaan dihantar ke Hospital Limbang dan kini masih ditahan di hospital berkenaan dengan kawalan ketat untuk menjalani pem­bedahan di bahagian paha kirinya.

Beliau mendedahkan, wan­ita terbabit pernah ditangkap atas kesalahan sama dan di­hantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai kes terbabit, Mohd Bukhori berkata sebaik dibebas wanita terbabit dikatakan tidak serik dan masih meneruskan kegia­tan mengedar dadah.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencega­han Khas (LLPK), 1985.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>