Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Wanita muda digesa pelajari ilmu seni silat

$
0
0

SRI AMAN: Golongan wanita muda di negeri ini digesa mempelajari ilmu seni silat sebagai salah satu usaha mempertahankan diri daripada perkara yang tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata ilmu seni silat bukan hanya terkenal di Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Singapura dan Thailand tetapi negara luar dan barat seperti Jerman, Australia dan Amerika turut berminat dengan ilmu ini.

“Usaha mereka mengembangkan ilmu seni mempertahankan diri sangat dipuji kerana kebanyakan anak-anak muda di negara tersebut berminat dengan ilmu itu dan tidak kurang juga di negara kita.

“Justeru, kerajaan amat menggalakkan anak-anak muda menyertai mana-mana persatuan seni silat kerana penyertaan mereka untuk tujuan sihat,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25, Persatuan Seni Pencak Silat Pedang di Dewan Serba Guna Kampung Hilir di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis.

Justeru, kerajaan mengharapkan agar ahli-ahli persatuan silat tidak menyalahgunakan ilmu mereka secara sesuka hati sebaliknya menggunakannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Hamdan Katang, Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Sri Aman Hendry Kran, Pemanca Mas Shamsiah Maslem serta Pengerusi Persatuan Hamdan Mat dan Guru Silat Sarawak Haneef Ali.

Pada majlis berkenaan, Harden turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM6,000 kepada persatuan berkenaan bagi membiayai aktiviti tahunan mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>