MIRI: Pantai dan kelab rekreasi, Beach Republic digegarkan dengan festival muzik ‘dance’ antarabangsa, Frequency pada 5 April ini yang menampilkan deejay-deejay (DJ) terkenal luar negara dan tempatan.
Festival bergerak itu dibawa ke Miri oleh Equatorial Beats dan Music Mansion yang dihidupkan dengan persembahan 12 DJ jemputan di dua pentas iaitu Wavelength Stage (terbuka) dan Spectrum Stage (tertutup).
Pentas Wavelength yang memainkan irama Edm, Techno, Trance, Progressive House dan RNB dijayakan oleh DJ Heston dari Toolroom Records UK, Victor G dari Kuala Lumpur, Mister Arifin dari Kuala Lumpur, K! + Clique dari Brunei, Kyan C dari Miri dan Cassie D dari Kuala Lumpur.
Sementara pentas Spectrum menampilkan muzik House, Tech House, Deep House dan Minimal digegarkan DJ K dari Kuala Lumpur, Kenny Active dari Koh Phangan Thailand, Hafidz dari Kuala Lumpur, Jason Chong dari Miri, Adam J dari Kuala Lumpur dan Plastika dari Brunei.
Jurucakapnya, Faezal Murni memberitahu aktiviti itu terbahagi kepada dua segmen iaitu karnival keluarga pada sebelah pagi dan persembahan pentas DJ pada sebelah malam.
“Aktiviti sebelah pagi terbuka untuk semua sehingga jam 6.30 petang. Ia diisi dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Antaranya `bouncer’, gerai jualan, aktiviti untuk kanak-kanak, badut dan maskot filem,” kata Faezal.
Sebanyak 300 keping tiket dengan harga istimewa iaitu RM58 boleh didapati bermula hari ini (2 Mac) di Beach Republic di sini.
Bermula Rabu ini, pengguna media sosial Facebook (FB) berpeluang memenangi telefon pintar iphone5 dan tiket mengikuti peraduan di laman web fb EQ Beats.
“Kita juga merancang mengumpul derma membantu mangsa-mangsa taufan Haiyan dari gerai jualan amal yang dibuka pada hari tersebut,” tambah Faezal.
Tiket VIP boleh diperolehi secara talian dengan mengunjungi laman sesawang www.airasiaredtix.com.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Oscar Gan (Beach Republic) di talian 085-424040. Maklumat tambahan boleh diperolehi www.equatorialbeats.com.