MIRI: Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) Cawangan Miri akan mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) pada 29 Mac ini.
Setiausahanya, Caroline Siburat mengingatkan ahli-ahli DBNA termasuk masyarakat Bidayuh di sini supaya menghadiri TGM tersebut yang akan bermula jam 2 petang.
“TGM ini adalah penting sebagai landasan kepada masyarakat Bidayuh di Miri untuk memilih jawatankuasa baharu seterusnya merangka pelan aktiviti untuk persatuan,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, TGM berkenaan akan berlangsung di dewan serba guna Rumah Dayak Miri berhampiran Imperial Mall Miri bermula jam 2 petang.
Katanya, TGM berkenaan terbuka kepada semua masyarakat Bidayuh di sini manakala bagi mereka yang ingin menjadi ahli rasmi boleh mendaftar secara terus pada hari sama.
“TGM ini juga menggesa masyarakat bidayuh menyertai aktiviti kesukarelaan anjuran persatuan selain memilih ahli-ahli jawatankuasa baharu 2014-2017.
Antara perkara lain yang dibincangkan ialah laporan kewangan, laporan sepanjang tahun dan merangka pelbagai aktiviti untuk ahli-ahli dan kebajikan masyarakat setempat.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan TGM tersebut sila hubungi Caroline di talian 013-8398438 dan Presiden DBNA Miri, Kapten Bernard Idit menerusi talian 016-4454854.