Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

2,000 nelayan utara mahu Adenan kekal KM

$
0
0

MIRI: Lebih 2,000 nelayan Miri, Kuala Baram, Lutong, Bakam, Bekenu, Sibuti dan Niah memberi sokongan penuh agar Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terus mentadbir Sarawak untuk tempoh lima tahun lagi.

Pengerusi Persatuan Nelayan (PNM), Kaunselor Jamali Basri berkata Tan Sri Adenan Satem mempunyai visi jelas dalam membela golongan kurang berkemampuan terutama nelayan tempatan.

Jamali berkata, PNM turut menyokong penuh kenyataan Adenan bahawa tiada lagi lesen dikeluarkan untuk menangkap ikan di laut dalam ekoran ia dimanipulasi oleh kapal  nelayan asing.

“Nelayan di sini sangat bersetuju bahawa Sarawak tidak akan mengeluarkan lesen kepada pengusaha tempatan untuk menangkap ikan di laut dalam kerana bimbang ia dijadikan kapal ‘Ali Baba’ oleh nelayan asing,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, tindakan sedemikian jelas menunjukkan Ketua Menteri  Sarawak itu mendengar keluhan nelayan tempatan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib nelayan tempatan.

“Pengusaha tempatan menyewa lesen mereka kepada kapal-kapal nelayan asing dan membiarkan kapal-kapal Ali Baba itu mengaut keuntungan hasil daripada tangkapan ikan di laut dalam,” tegasnya.

Menurutnya, sekiranya tindakan tidak diambil secara tegas maka nelayan tempatan akan hilang punca pendapatan bahkan hidupan marin juga akan musnah gara-gara keagresifan nelayan asing.

“Nelayan asing ini tidak kisah akan kehidupan marin di perairan Sarawak kerana mereka hanya mementingkan keuntungan ekoran permintaan tinggi ikan di negara mereka dan Malaysia sendiri,” jelasnya.

PNM mahu kerajaan negeri memantau kegiatan kapal asing di lautan negara terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber ikan seperti Beting Patinggi Ali dan sebagainya.

“Kita juga sedang mengumpul maklumat, gambar dan bukti kemusnahan yang dilakukan nelayan asing bahkan ada di kalangan nelayan tempatan diancam oleh nelayan asing di perairan negara,” katanya.

Sementara itu, PNM telah menyampaikan insentif pendidikan kepada tiga anak nelayan tempatan yang telah berjaya menyambung pelajaran di peringkat universiti.

Mereka ialah Nur Sahira Buang, Zunisma Zulkiflee dan Mohd Dzulhisman Zulkiflee yang ketika ini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang masing-masing di universiti tempatan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>