Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Kabinet Persekutuan baharu dibentuk diyakini miliki visi tersendiri: Mong

$
0
0

SRI AMAN: Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran), Datuk Mong Dagang yakin Kabinet Persekutuan baharu dibentuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdasarkan sehaluan jemaah menteri dari segi visi, pemikiran dan sentimen kehendak rakyat.

Katanya, ini kerana Najib sudah semestinya berfikir sedalam-dalam sebelum bertindak memilih barisan kabinet Kerajaan Persekutuan kali ini.

“Lantaran itu beri kepercayaan kepada kabinet kerajaan persekutuan kali ini bagi meneraju pembangunan negara dan Sarawak dari semasa ke semasa,” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan itu berkata pertambahan jumlah menteri penuh dan timbalan menteri dari Sarawak dalam kabinet persekutuan kali ini dilihat amat wajar memandangkan Dewan Rakyat banyak dianggotai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Pertambahan jumlah menteri ini juga secara tidak langsung menunjukkan Najib menaruh keyakinan tinggi terhadap rakyat negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, Mong menyampaikan cek MRP bernilai RM67,000 kepada sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sembilan kelab di sini.

Turut hadir pembantu khas beliau, Howard Tambun, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sri Aman Whelton Lumpoi, Pembantu Luar Kanan JASA DUN Bukit Begunan, Jessy Bintoh, para pegawai kerajaan dan wakil penerima.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859