Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Ketepi kepentingan diri, bantu gerak organisasi ke hadapan

$
0
0

KUCHING: Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menggesa semua kakitangan mengetepikan kepentingan diri supaya bersama-sama mengerakkan organisasi itu kehadapan.

Dalam perhimpunan bulanan semalam, Abang Wahap berkata, masih ada sese-tengah pihak berasakan diri sebagai orang asing di sana.

“Kita boleh bersikap individu, tetapi apabila bekerja, kita harus bekerja bersama-sama,” katanya sambil menggesa kakitangannya memberi tumpuan dalam misi DBKU untuk memperbaiki kawasan tadbiran.

Abdul Wahap turut menasihatkan kakitangannya menghentikan budaya surat layang.

“Seperti Setiausaha Kerajaan Negeri katakan baru-baru ini; jika anda tidak datang berhadapan dengan kita, kita tidak dapat membantu anda,” katanya.

Dalam perhimpunan itu, DBKU turut mengiktiraf beberapa orang termasuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KIK MAREQ yang mendapat tempat kedua dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Pengurusan) dalam persidangan KIK dan KIK IMTENG yang mendapat tempat ketiga dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Teknikal).

Dua daripada 14 pen-derma menyumbang buku kepada Pustaka Negeri turut hadir untuk menerima sijil penghargaan dari Datuk Bandar.

Sementara itu, Rabiah Sait menewaskan 33 gerai lain pada Pesta Macam-Macam Laksa apabila gerainya dinobatkan juara dalam Pertan-dingan Cantik, Bersih dan Selamat (CBS).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>