Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Teresang Bikers Kapit bakal terima dana sebanyak RM15,000

$
0
0

KAPIT: Kelab Sukan Rekreasi Bermotosikal Teresang Kapit (Teresang Bikers Kapit) bakal mendapat dana berupa geran berjumlah RM15,000 daripada Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dalam pertemuan ahli kelab dengan kedua-dua pemimpin baru-baru ini di sini.

Masing berjanji untuk menyumbang sebanyak RM10,000 manakala, Datuk Alexander sebanyak RM5,000.

Presiden Kelab Sukan Rekreasi Bermotosikal Teresang Kapit (Teresang Bikers Kapit), James Usit Kayan berkata, antara lain tujuan geran bakal diguna ialah untuk penganjuran akiviti permotoran di sini pada tahun ini serta aktiviti lain dirancang bagi sepanjang tahun.

Kelab itu telah ditubuh pada 10 Januari tahun ini dan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak.

Antara objektif penubuhan ialah mendidik langkah keselamatan, pemanduan selamat, khidmat masyarakat dan mengatasi atau mengurangkan budaya mat rempit.

Aktiviti-aktivtii telah dilaksanakan, seperti “Ride Ke Sabah” pada Mac 2015,  terlibat dengan Roadshow (Auto Show) di Town Square semepena Safari Rakit Baleh-Kapit pada April serta aktiviti latihan tunggangan selamat setiap hujung minggu.

Sehingga kini kelab tersebut mempunyai keahlian seramai 35 orang. James menjemput  generasi muda dan tua berminat agar menyertai kelab berkenaan.

Sesiapa yang ingin menyertai kelab boleh menghubungi beliau (James) menerusi talian 013-8135560, Timbalan Presiden Kelab, Mohd Aidil Iskandar 019-8787090 atau Bendahari Kelab Muhd Irfan Albert 017-8605851 di Jabatan Pengangkutan Jalan, Jalan  Kubu, Kapit.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>