Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pemuda SUPP Simanggang ambil, semak nama ahli

$
0
0

SRI AMAN: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang mengambil ahli baharu dan menyemak senarai terkini nama pengundi di kawasan N.27 Simanggang, kawasan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan merangkap ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis dekat sini semalam.

Jurucakapnya berkata, Pemuda SUPP memperkukuhkan lagi Barisan Nasional (BN) di kawasan ADUN Simangang iaitu kawasan Harden.

“Aktiviti mengambil ahli baharu SUPP dan menyemak senarai nama pengundi di kawasan DUN Simanggang ini diteruskan dari semasa ke semasa dan diketuai oleh Empaga Bailey bersama rombongan Pemuda serta  Wanita SUPP,” ujarnya kepada Utusan Borneo dekat sini semalam.

Jelasnya, baru-baru ini Pemuda dan Wanita SUPP telah mengadakan aktiviti yang sama di Rumah Kaunselor Kadir, Kampung Lepong Simpai.

“Kami berharap barisan anak muda di rumah panjang dan di bandar tampil ke hadapan dan terus menyokong saranan Ketua Menteri Sarawak yang inginkan pembangunanan berterusan.

“Maka kita semua tanpa mengira umur, bangsa dan agama berdiri teguh di belakang wakil rakyat di kawasan masing-masing,” tegasnya.

Jelasnya lagi, sokongan rakyat sangat bermakna kerana ia memberi kesan positif kepada generasi masa kini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>