Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Beri respons cepat terhadap aduan masyarakat

$
0
0

Oleh Sandy Mark Luna //

Agensi kerajaan sekurang-kurangnya maklum aduan telah diterima, jika belum dapat cari penyelesaian

KUCHING: Setiap agensi kerajaan serta yang relevan digesa memberi respons cepat terhadap aduan dikemukakan oleh masyarakat.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batu Kawah Pemanca Liu Thian Leong berkata, agensi-agensi berkenaan sekurang-kurangnya perlu memaklumkan bahawa aduan dikemuka telah diterima, sekiranya belum dapat mencari jalan penyelesaian.

“Dalam perkara ini, kita ingin memuji Syarikat SESCO Bhd kerana dalam tiga aduan dikemukakan, dua daripadanya telah diselesaikan dalam tempoh singkat manakala satu lagi masih dalam proses penyelesaian.

“Justeru, setiap agensi berkaitan harus melakukan perkara yang sama,” katanya pada sidang media di pejabat UPP Batu Kawah di pusat komersil Kuching City Mall di sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UPP Batu Kawah Bong Ling Fatt dan Setiausaha UPP Batu Kawah Christine Bong.

Dua aduan yang berjaya diselesaikan SESCO itu adalah berhubung wayar elektrik yang terletak terlalu dekat dengan pokok-pokok di Lorong 7, Jalan Rantau Panjang dan juga di Lorong 4A, Jalan Matang Sungai Moyan.

Liu berkata, UPP Batu Kawah akan terus turun padang dari semasa ke semasa bagi mendekati penduduk setempat dan mengenal pasti permasalahan dihadapi.

Katanya usaha sedemikian turut diteruskan di kawasan-kawasan kampung bagi menyelesaikan masalah-masalah dihadapi khasnya dari segi infrastruktur.

Sesiapa yang ingin memohon bantuan daripada UPP Batu Kawah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 082-531611.

Dalam perkembangan lain, Liu berkata beliau telah mengemukakan lebih 60 cadangan untuk membangunkan infrastruktur di kawasan Batu Kawa, susulan pengumuman Ketua Menteri mengenai peruntukan RM500 juta bagi tujuan itu khasnya di kawasan luar bandar.

“Selepas pengumuman itu, Pejabat Daerah telah mengarahkan ketua-ketua masyarakat untuk mengemukakan cadangan projek sebanyak mungkin, yang mana cadangan itu akan dipanjangkan ke Pejabat Ketua Menteri.

“Dengan itu, kita akan menghantar lebih banyak cadangan projek untuk dipertimbangkan dalam peruntukan tersebut,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>