Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all 26859 articles
Browse latest View live

Banjir lagi

$
0
0
FENOMENA ALAM: Keadaan Jalan Sarikin-Bau yang dinaiki air akibat hujan lebat semalam.

FENOMENA ALAM: Keadaan Jalan Sarikin-Bau yang dinaiki air akibat hujan lebat semalam.

BANTU: Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Kampung Kamam Krokong.

BANTU: Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Kampung Kamam Krokong.

INOVATIF: Penduduk di Kampung Batu Kitang menggunakan rakit rekaan sendiri sebagai pengangkutan sementara ketika banjir.

INOVATIF: Penduduk di Kampung Batu Kitang menggunakan rakit rekaan sendiri sebagai pengangkutan sementara ketika banjir.

TERJEJAS: Kedai peniaga di Pekan Kecil  Batu Kitang turut dinaiki air.

TERJEJAS: Kedai peniaga di Pekan Kecil
Batu Kitang turut dinaiki air.

Beberapa kawasan rendah Padawan, Bau, Batu Kawa, Serian dan Samarahan terjejas ekoran hujan berterusan.

Oleh Rusnan Mustafa //

KUCHING: Beberapa kawasan rendah di Padawan, Bau, Batu Kawa, Serian dan Samarahan dilanda banjir mulai tengah hari semalam ekoran hujan lebat turun sejak tengah malam kelmarin.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perhubungan Awam Malaysia (JPAM) Negeri selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Siti Huzaimah Ibrahim, setakat jam 6 petang semalam, sebanyak empat Pusat Pemindahan (PP) dibuka di Daerah Bau dan Padawan melibatkan 130 keluarga dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 405 orang.

Beliau menjelaskan tiga PP dibuka di Bau sekitar jam 8 pagi semalam ialah PP Gereja St Mary Kampung Bogag, PP Dewan Kampung Bijuray Krokong dan PP Dewan Kampung Kamam Krokong.

“Manakala satu PP dibuka di Daerah Padawan iaitu PP SK St Peter, Bunuk sekitar jam 8.40 pagi dan setakat jam 6 petang, jumlah keseluruhan mangsa banjir adalah seramai 405 orang melibatkan 130 keluarga,” katanya.

Antara kampung terjejas akibat banjir di Daerah Bau semalam, Kampung Belimbing, Kampung Stass, Kampung Bogag dan Kampung Belimbing Krokong manakala di Kuching pula, Kampung Segedup, Kampung Sinar Budi, Taman Desa Wira dan beberapa kawasan rendah lain.

Sementara itu di Daerah Padawan pula, kampung terjejas Kampung Batu Kitang, Kampung Simpok, Kampung Giam, Kampung Sikog dan Kampung Anah Rais.

Malah, hujan lebat turun semalam juga mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Punau serta beberapa jalan ditenggelami banjir menyebabkan terputus hubungan melibatkan Jalan Mambong-Sarig dan Jalan Puncak Borneo.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka berterusan sehingga hari ini di bahagian Samarahan, Serian dan Kuching.

Manakala Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk di tujuh kawasan iaitu Batu Kitang, Buanbidi, Kampung Git, Krusin, Kuala Sungai Maong, Jambatan Bau dan Lebaan di Sibu ekoran paras air melebihi aras bahaya sejak petang semalam.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Ogu Salim Omar ditemani Pengarah JPAM Negeri Mohtar Samat sempat melawat mangsa banjir di PP di Daerah Bau dan Padawan.


Banjir: Kpg Simpok antara terjejas teruk

$
0
0
BANJIR:Keadaan jalan raya di Kampung Simpok yang sudah dipenuhi air setinggi dua meter.

BANJIR:Keadaan jalan raya di Kampung Simpok yang sudah dipenuhi air setinggi dua meter.

Penduduk khuatir kejadian banjir seperti tahun lepas berulang jika hujan berterusan

Oleh Jeremy Lanson //

PADAWAN: Penduduk di Kampung Simpok, di sini khuatir kejadian banjir seperti tahun lepas berulang jika hujan berterusan.

Ketua Kaum John Jingut berkata, kejadian banjir tahun lepas merupakan antara yang terburuk menimpa kampung apabila lebih 400 keluarga membabitkan hampir 2,000 penduduk kampung terpaksa dipindah.

Menurutnya, hujan lebat sejak jam 3 pagi semalam menyebabkan beberapa rumah mula dinaiki air setinggi paras lutut memaksa penduduk terpaksa menumpang di rumah saudara.

“Tahun lepas antara terburuk (banjir) pernah berlaku dan kita khuatir jika hujan lebat berterusan kejadian tersebut berulang.

“Hari ini (semalam), Pusat Pemindahan Banjir SK St Peter, Simpok sudah dibuka sejak jam 7 pagi tadi dan lebih 100 keluarga terjejas ditempatkan di sini,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Tambah beliau juga, Kampung Simpok mempunyai penduduk kira-kira 3,000 orang terdiri daripada 600 keluarga.

Tinjauan di kampung tersebut semalam juga mendapati rata-rata penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan barang-barang berharga ke tempat lebih tinggi.

“Hujan lebat dari pagi tadi (semalam) menyebabkan tingkat bawah rumah sudah mula dinaiki air, namun barang-barang sudah dipindahkan ke tingkat atas sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami juga sudah mendapat arahan daripada pihak berkuasa meminta berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana dikhuatiri ketinggian paras air terus meningkat,” kata penduduk kampung.

Selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), turut sama menyalurkan bantuan ialah anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tentera, Polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Polis tembak mati dua pembunuh upahan.

$
0
0
Dev Kumar (dua kiri) pada sidang media di Sibu hari ini.

Dev Kumar (dua kiri) pada sidang media di Sibu hari ini.

Oleh Watt Zacheus //

SIBU: Dua lelaki yang dipercayai pembunuh upahan ditembak mati oleh polis dalam satu insiden tembak menembak di Jalan Sibu-Bintulu By Pass awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi semasa polis terserempak dengan suspek di Jalan KJD menghala ke Sibu.

Katanya, polis terus mengejar suspek hingga ke Jalan Sibu-Bintulu dan berlaku tembak menembak.

Terdahulu, kereta suspek melanggar kereta polis.

Bagaimanapun, kereta suspek terbabas hingga memaksa suspek bertindak menembak polis.

Polis menembak suspek dan kedua-dua suspek mati.

Tertumpasnya kedua-dua suspek ini, polis yakin semua kes bunuh dan tembak di Sibu berjaya diselesaikan.

Sibu, sejak 2012 mencatatkan enam kes tembak.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti identiti orang mengupah suspek terbabit.

Polis turut merampas selaras senapang patah dan dua butir peluru hidup dan satu butir kelongsong.

Banjir makin buruk, mangsa bertambah.

$
0
0
Keadaan banjir di Batu Kitang Lama pagi tadi.

Keadaan banjir di Batu Kitang Lama pagi tadi.

Keadaan banjir di Batu Kitang Lama pagi tadi.

Keadaan banjir di Batu Kitang Lama pagi tadi.

KUCHING: Banjir di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian memaksa semakin ramai mangsa berpindah ke pusat pemindahan sejak tengah hari semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memberitahu jumlah mangsa di pusat pemindahan setakat jam 12 tengahari hari ini mencecah 3,734 orang daripada 1,028 keluarga.

Pada jam 8 pagi tadi, banjir kali kedua dalam bulan ini, membabitkan 2,869 orang daripada 779 keluarga.

Lapan pusat pemindahan, masing-masing dibuka di Daerah Kuching dan Bau.

Manakala Daerah Serian lima pusat pemindahan dan satu untuk Daerah Padawan.

Di Daerah Kota Samarahan, tiga pusat pemindahan dibuka.

Bidayuh tidak boleh berpecah, perlu bersatu pastikan kemenangan BN

$
0
0

BAU: Masyarakat Bidayuh tidak boleh berpecah dan perlu bersatu dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) akan datang.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, masyarakat Bidayuh merupakan kaum minoriti dengan hanya lapan peratus di Sarawak.

Sebagai kaum minoriti bukan sahaja di Sarawak tetapi juga Malaysia, adalah mustahil untuk masyarakat Bidayuh merampas kuasa besar.

Tetapi katanya, jika masyarakat Bidayuh seramai hanya 200,000  ini bersatu padu, beliau percaya Bidayuh tidak akan tertinggal sebaliknya dihormati oleh kaum-kaum lain.

“Jika kita berpecah dan memilih pembangkang sudah tentu suara Bidayuh tidak dapat didengari. Sebab itu apabila berkempen, kita tidak menyentuh perkara-perkara berkaitan parti lagi.

“Sebagai contoh apabila saya berkempen untuk Datuk Seri Dr James Dawos Mamit dan Datuk Seri Richard Riot Jaem saya menyebut mereka sebagai calon Bidayuh yang mewakili BN dan bukannya parti.

“Jika kita kata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan dua lagi parti baharu, Bidayuh sudah berpecah.

“Sebab itu, pada PRN11 nanti hanya lihat pada lambang BN dan bukannya parti atau muka calon,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pejabat Perhubungan dan Jentera PRN11 PBB bagi Cawangan N.18 Serembu di sini, semalam.

Tambah Manyin lagi, pada PRN11 nanti, masyarakat Bidayuh juga harus ingat bahawa 80 peratus daripada Bidayuh tinggal di kawasan luar bandar.

Ini bermaksud, masih ramai kaum Bidayuh yang hidup dalam kemiskinan serta kurang dari segi penyertaan dalam bidang perniagaan dan profesional.

“BN pasti akan menang pada PRN11 nanti dan adalah mustahil untuk parti-parti pembangkang merampas kerajaan BN.

“Jadi, siapa yang dapat membantu kita Bidayuh selain kerajaan BN. Sebab itu pada PRN11 nanti, kita jangan lihat pada calon  atau parti tetapi hanya lihat kepada lambang BN,” tambahnya.

Beri Adenan mandat kukuh terus perjuang hak orang S’wak: Dr Rayong

$
0
0

Oleh Frankie Junau //

ENGKILILI: Pengundi harus memberi kepercayaan sekali lagi kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di kawasan ditandingi untuk mandat yang kukuh kepada pentadbiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ini kerana pentadbiran Adenan sangat mengambil berat keperluan semua lapisan masyarakat terutama di luar bandar tanpa mengabaikan masyarakat bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada pemimpin terdahulu Adenan sudah melakar hampir 50 pencapaian yang semuanya sangat dekat di hati dan amat mengujakan rakyat.

“Bukan mahu memuja tetapi itulah hakikat akan pencapaian beliau sejak mentadbir negeri ini kira-kira dua tahun lalu… hingga kejayaan dan pencapaian beliau sangat dihargai dan dipuji rakan mahupun (parti) lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sirai Minggu, Marub Baruh di Engkilili semalam yang turut dihadiri Penghulu Inchang Anchih, Penghulu Gerang Ancheh, wakil Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Melo Agan, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Engkilili Tuai Rumah Sibat Krutap, para kaunselor, tuai-tuai rumah serta hampir 300 tetamu.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat memberi Adenan sepenggal lagi untuk mengepalai negeri ini kerana banyak lagi pembangunan bakal dinikmati rakyat secara keseluruhannya.

“Dalam satu majlis di Betong semalam (kelmarin) Ketua Menteri meminta anda semua agar memberinya peluang mentadbir negeri ini memandangkan masih banyak agenda untuk rakyat belum tertunai, justeru adalah menjadi harapan saya agar anda semua bersama BN untuk membentuk kerajaan baharu kelak,” katanya.

Tambah Ketua Pemuda serta Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu lagi, Adenan begitu peka akan suara hati rakyat negeri ini dan telah berusaha keras mengangkat suara orang Sarawak di peringkat Pusat.

“Beliau mahu agar Sarawak tidak dianaktirikan oleh orang Semenanjung dan mahu apa yang ada di sana turut dinikmati di sini.

“Oleh itu beliau telah membincangkan penurunan kuasa autonomi dan ia mendapat maklum balas postif dan tinggal perbincangan mendapatkan 20 peratus royalti minyak yang kini masih berjalan dan menampakkan perkembangan positif.

“Malah negeri ini satu-satunya negeri di Malaysia bebas tol selepas pemansuhan tol jambatan di Miri, Sibu dan Kuching selain menghapuskan perkataan ‘lain-lain’ dalam borang rasmi kerajaan kepada Dayak, membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk penganut Kristian dan menyekat kemasukan golongan ektremis dari Semenanjung yang berniat mahu mengucar-kacirkan perpaduan kita di sini,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu agar pengundi tidak mensia-siakan undi mereka dengan memangkah calon pembangkang yang tidak membawa sebarang kebaikan terutama masyarakat luar bandar.

“Pembangkang memang bijak memainkan emosi dan kata-kata mereka sangat manis didengari namun hakikatnya hujah mereka kosong dan tidak boleh diharapkan membawa pembangunan terutama di luar bandar.

“Belajar dan dengarilah nasib DUN lain yang dikuasai mereka…lima tahun ketinggalan dan tanpa pembangunan. Yang rugi ialah rakyat sendiri kerana kita masih mendambakan pembangunan yang hanya boleh direalisasikan oleh BN sahaja.

“Maka itu, saya sekali lagi menyeru kepada pengundi khususnya di konstituensi Engkilili agar terus bersama saya yang akan mempertahankan DUN ini untuk BN…serta membentuk pasukan yang kuat bersama Adenan,” katanya dan menasihati mereka yang tersalah langkah dan menyokong pembangkang sebelum ini agar kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama membentuk kerajaan BN yang utuh pada masa depan.

Pada majlis sama, Dr Rayong mengumumkan pemberian geran MRP kepada beberapa ahli Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita dan sekolah di sekitar Engkilili bernilai RM91,000 dengan JKKK Marub Baruh menerima RM30,000 manakala Biro Wanita mendapat RM5,000.

Joyce dinobat sebagai Miss Cheongsam Malaysia 2016

$
0
0

Oleh Mohd Shafik Ahmad //

KUCHING: Joyce Koid Sean Yee, 21, dari Butterworth melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss Cheongsam Malaysia 2016 selepas menewaskan 17 finalis lain semalam.

Gadis berketinggian 168 sentimeter yang menggayakan kostum tradisional masyarakat Cina berwarna ungu itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Sementara itu, naib juara dimenangi Fedora Ng Kai Hong, 19, dari Johor Baharu dan tempat ketiga, Melinda Lee Chen Ling, 24, dari Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemenang tempat kedua dan ketiga itu membawa pulang hadiah wang berjumlah RM2,000 dan RM1,000.

Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing disandang oleh Sharon Chew Mei Hong, 23, dari Kota Kinabalu dan Roseanne Tay Lu Xian, 24, dari Labuan sekali gus membawa pulang wang tunai RM800 dan RM500.

Bagi kategori Best Cheongsam pula dimenangi Natasha Lee, 19 dari Kota Kinabalu dan Miss Talent pula ialah Angela Khoo Yin Yin, 23, dari George Town.

Manakala Miss Friendship dianugerahkan kepada Sharon Chew Mei Hiong, 23, dari Kota Kinabalu, sementara Miss Photogenic menjadi milik Anny Wong Wei Wei, 18, dari Sibu.

Pertadingan akhir Miss Cheongsam Malaysia 2016 itu turut dihadiri kira-kira 650 orang.

Mana-mana calon BN di Samalaju akan diberi sokongan

$
0
0

BINTULU: Sokongan akan tetap diberi kepada calon layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu terutama di N.70 Samalaju pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini namun pastikan calon itu parti komponen Barisan Nasional (BN) serta orang tempatan yang sedia memberi perkhidmatan terbaik kepada kawasan itu.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu Johny Pang berkata, sememangnya parti menyokong penuh sekiranya calon diletakkan itu parti komponen BN namun rundingan perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan calon itu bukan orang luar.

 

Katanya calon itu juga bukan sekadar hanya boleh menang pada PRN dan tidak hanya sekali-sekala menampakkan muka atau jarang menampakkan muka apabila rakyat memerlukan perkhidmatannya, tetapi memberi khidmat kepada rakyat secara berterusan.

“Kami tidak mahu sekadar calon yang hanya boleh menang tetapi selepas itu tidak melakukan apa-apa kerja selepas menang,” ujarnya semasa ditemu bual media sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediamannya di Tanjung Batu semalam.

Beliau berkata, memandangkan kawasan DUN Kidurong kini telah melalui persempadanan semula dengan dipecah kepada dua kawasan DUN merangkumi N.68 Tanjung Batu dan N.70 Samalaju, sememangnya pihak SUPP ada meminta peruntukan untuk kerusi yang dipecahkan itu.

 

“SUPP telah lama memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kidurong termasuk Suai dan kali ini kami meminta agar kerusi yang dipecah itu turut diperuntukkan kepada kami agar calon yang sesuai mewakili parti kami dapat bertanding di kawasan itu.

“Kami memang ada membincang mengenai dua kerusi itu dan bersiap sedia dengan calon-calon yang ada untuk bertanding di kawasan itu.

“Malahan nama-nama calon mewakili SUPP juga telah dikemukakan kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk dipertimbangkan,” jelasnya.

Dengan mengemukakan calon-calon itu sekiranya dipertimbangkan untuk bertanding di situ, beliau berharap rakyat akan memberi sokongan penuh kepada SUPP termasuk sokongan penuh terhadap BN di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Katanya seperti yang sering diperkatakan oleh Ketua Menteri sebelum ini yang tidak mahu parti-parti dari Semenanjung Malaysia di negeri ini maka saya ingin menjelaskan bahawa SUPP merupakan parti tempatan Sarawak yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kami berharap rakyat akan memberi sokongan penuh kepada calon SUPP yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Kami tidak akan berhenti setakat ini malah akan meneruskan perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat,” katanya sambil tidak mendedahkan nama-nama calon berpotensi mewakili SUPP yang telah dikemukakan kepada pengerusi BN Sarawak.


Sokongan kuat pastikan BN rampas semula Bukit Assek

$
0
0

Tiba masanya penduduk beri peluang kepada calon BN

Oleh Florence Nervyn //

SIBU: Sokongan kuat penduduk di kawasan Bukit Assek penting bagi memastikan kemenangan semula Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Bukit Assek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek Chieng Buong Toon berkata, sudah tiba masanya penduduk Bukit Assek memberi peluang kepada calon BN selepas dua penggal DUN Bukit Assek dimenangi parti pembangkang.

“Bukit Assek telah mengalami kerugian dan ketinggalan dari segi pembangunan dalam tempoh 10 tahun di bawah parti pembangkang. PRN kali ini penting untuk memastikan BN merampas kembali kerusi DUN Bukit Assek.

“Sudah tiba masanya penduduk di Bukit Assek memberi peluang dan sokongan kuat kepada calon BN,” jelasnya pada sambutan Tahun Baharu Cina 2016 anjuran SUPP Cawangan Bukit Assek di gelanggang bola kerajang di Jalan Merlin, malam kelmarin.

Chieng berkata, kemenangan itu penting bagi membolehkan kerajaan BN melaksanakan lebih banyak projek pembangunan rakyat di kawasan Bukit Assek.

“Saya telah melakukan program turun padang untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk di Bukit Assek. Masalah yang sering kali menjadi kebimbangan mereka ialah sistem perparitan yang menyebabkan kebanyakan rumah di sini dalam keadaan tenggelam dan tidak selamat untuk diduduki.

“Ini turut menjadi punca kawasan Bukit Assek merekodkan kes demam denggi yang tinggi di Sibu,” katanya.

Chieng memberitahu, masalah lain di Bukit Assek seperti kemudahan fasiliti di Poliklinik Oya juga perlu dinaik taraf bagi menampung kesesakaan orang ramai yang datang untuk menerima rawatan kesihatan dan masalah untuk memohon kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

Justeru itu, Chieng menyeru penduduk di Bukit Assek membuat pilihan yang bijak dan memberi mandat kepada kerajaan BN pada PRN akan datang.

“Berikan sokongan kuat kepada kerajaan BN yang telah membawa pembangunan kepada rakyat tanpa mengira di bandar atau luar bandar,” tegasnya.

PRN ke-10 menyaksikan mendiang Wong Ho Leng (DAP) memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan 13,527 undi menewaskan Chieng Buong Toon (BN) yang memperolehi undi sebanyak 4,700 dan Hii Tiong Huat (Bebas) dengan hanya mendapat 180 undi.

Wong menang dengan majoriti 8,827 undi. Jumlah pengundi berdaftar di DUN Bukit Assek telah meningkat daripada 26,926 pengundi pada tahun 2011 kepada 28,908 pengundi pada tahun lepas.

Pengundi tidak boleh pertikai calon dipilih pengerusi BN

$
0
0

KANOWIT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan tidak boleh mempertikaikan keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang telah menetapkan Allan Siden Gramong bertanding di kerusi DUN Machan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Datuk Gramong Juna berkata, keputusan itu juga sudah dibincangkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum diumumkan dengan rasminya oleh Setiausaha Agung BN Datuk Dr Stephen Rundi Utom pada satu majlis di Kanowit, baru-baru ini.

“Keputusan itu turut dipersetujui oleh Adenan selaku Ketua Menteri kita.

“Justeru, keputusan sudah dibuat maka ia tidak boleh diubah. Allan Siden adalah pengganti saya dan tetap menjadi calon BN atas tiket PBB di kerusi DUN Machan pada PRN ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pentas Hiburan Chap Goh Mei di pekan Machan yang berlangsung di Tebingan Sungai Machan, malam kelmarin.

Pentas berkenaan adalah anjuran komuniti Cina di Nanga Machan dan Pemuda PBB Machan yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk tempatan.

Hadir sama ialah isteri Gramong iaitu Datuk Catherine Gramong, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Belia Malaysia Kanowit merangkap Ahli Majlis Tertinggi Pemuda PBB Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Desmond Benjamin, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Donny Minggu Ling dan pengerusi jawatankuasa pengelola Kaunselor Kapitan Leong Khing Hee.

Gramong yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah dan Menteri Muda Pelancongan (Acara dan Produk) mengajak rakyat di Machan memberi sokongan padu kepada Allan.

“Kita harus bersama dalam BN walau apa pun terjadi dan jangan sesekali memberi sokongan anda kepada parti lain selain BN.

“Mereka yang sebelum ini memihak kepada pembangkang harus kembali bersama BN pada PRN kali ini. Berfikirlah sedalam-dalamnya bahawa  anda termasuk generasi akan datang amat memerlukan pembangunan,” tegasnya.

Sementara itu, Gramong turut mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRN ini dan menyerahkan kepada anaknya, Allan.

Katanya beliau sudah lama berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sudah tiba masanya untuk berehat.

“Banyak sudah saya laksanakan pembangunan dan lihatlah perubahan di DUN Machan berbanding masa dulu. Kepada yang belum menikmati pembangunan, jangan marah serta berasa kecil hati dengan kerajaan.

“Tidak apa, anak saya Allan akan meneruskan legasi pembangunan di DUN Machan. Beliau akan menyambung tugas saya. Oleh itu, berilah sokongan padu anda kepada Allan bagi menikmati pembangunan yang berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Gramong turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi di DUN Machan yang telah memberi sokongan kepadanya selama sembilan penggal menjadi wakil rakyat.

“Begitu juga dengan PBB, rakan-rakan parti, rakan parti komponen yang lain dan ramai lagi. Terima kasih  banyak dengan sokongan anda selama ini,” tambahnya.

Pada majlis itu, Allan turut menyerahkan angpau kepada 18 penerima yang terdiri daripada warga emas.

Hadirin pada malam tersebut dihiburkan dengan pelbagai persembahan hiburan daripada artis popular Iban iaitu Rickie Andrewson, Eisner Nala serta artis tempatan Cina di samping dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan Cina, tarian singa dan sebagainya.

Len akan merasmikan perpustakaan, 24 Feb

$
0
0

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Leh Talif Salleh akan merasmikan Perpustakaan Desa Kampung Rajang pada jam 10.30 pagi, 24 Februari ini.

Menurut kenyataan akhbar, sempena majlis itu juga program bersama komuniti akan dijalankan seperti gotong-royong dan penanaman pokok.

Pihaknya juga mengadakan program keilmuan untuk semua peringkat umur seperti Kelas Literasi Maklumat, ‘Born To Read’, Pertandingan Bercerita, ‘Info Hunt’, Pertandingan Dekorasi Kek Cawan dan Gubahan Bunga untuk komuniti sekitar Kampung Rajang.

Program itu bertujuan bukan sahaja untuk mengeratkan jalinan silaturahim tetapi juga mengeratkan kerjasama antara penduduk kampung untuk meningkatkan impak amalan membaca dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan perpustakaan desa.

Perpustakaan Desa Kampung Rajang merupakan salah sebuah projek khas di bawah peruntukan kerajaan persekutuan dengan kerjasama antara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Pustaka Negeri Sarawak, Majlis Daerah Matu Daro dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan bahan bacaaan daripada pelbagai subjek.

Pihaknya setakat ini mempunyai 1,400 koleksi permulaan bahan bacaan dan akan ditmbah secara berperingkat-peringkat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Razak Rambli di talian 082-442000 sambungan 348 atau e-melkan kepada razakkr@sarawak.gov.my.

SPDP kekalkan pendirian tuntut kerusi Samalaju

$
0
0

BINTULU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) terus menyatakan pendirian menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 akan datang.

Ketua Pemudanya Kaunselor Robert Ayu berkata, parti tersebut percaya keputusan mengenai kedudukan kerusi Samalaju masih belum diperuntuk kepada mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya parti itu telah membuat tuntutan terhadap kerusi Samalaju dan Mulu sejak 2014.

“SPDP mempunyai asas kuat menuntut kerusi Samalaju dan Mulu disebabkan kedua-dua Ahli Parlimennya di Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Baram Anyi Ngau adalah ahli SPDP yang mempunyai 6,000 keahlian” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penubuhan Jawatankuasa Protem SPDP N.70 Samalaju di Rumah Jaraw Sumuk di Jalan Tanjung Kidurong-Samalaju malam Jumaat lalu.

Robert yakin BN mampu memenangi kedua-dua kerusi tersebut sekiranya diberikan kepada parti berkenaan.

Ujarnya, hanya lima daripada 11 kerusi DUN baharu telah diperuntuk kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) setakat ini manakala enam kerusi lagi masih terbuka untuk diperuntuk kepada mana-mana parti komponen BN yang lain.

PBB Serembu lancar pejabat perhubungan, jentera pilihan raya

$
0
0

BAU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.18 Serembu melancarkan pejabat perhubungan serta jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi cawangan itu di sini, semalam.

Pelancaran majlis dua dalam satu itu telah disempurnakan oleh Naib Presiden PBB Dato Sri Michael Manyin Jawong yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan.

Berucap pada majlis itu, Ketua Cawangan PBB Serembu Datuk Seri Dr James Dawos Mamit berkata, pembentukan cawangan PBB di Serembu akan memperkukuhkan lagi PBB di Bau.

Malah katanya, jentera PBB Serembu katanya akan bekerja keras untuk memastikan kerusi itu terus menjadi milik mereka.

“Apabila kerusi Serembu mula diwujudkan, kami ahli-ahli PBB yang kebanyakannya dari Mambong terus melangkah masuk menjelajah kawasan ini.

“Jentera kami telah melakukan apa yang perlu dilakukan termasuk penubuhan pejabat perhubungan ini sebagai pusat operasi kami.

“Ini adalah penting untuk merancang strategi yang paling efektif untuk menawan kawasan Serembu,” kata Dawos yang juga ahli Majlis Tertinggi PBB.

Dawos juga merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo (dulu dikenali sebagai Mambong) serta Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Dalam pada itu sehingga kini sebanyak 33 ranting PBB telah diwujudkan di Serembu dengan keahlian seramai 3,200 lebih orang.

Daripada 8,000 lebih pengundi di Serembu, 40 peratus daripanya merupakan ahli PBB yang menjadi kekuatan kepada PBB di kerusi baharu ini.

Dari segi pecahan undi pula, 75 peratus daripada pengundi Serembu adalah Bidayuh, 20 peratus lagi Cina dan lima peratus Melayu.

Pada majlis itu semalam, Manyin turut menyerahkan panji, bendera BN dan PBB kepada ketua zon Serembu.

20 sekolah ditutup akibat banjir, 6,255 pelajar terjejas

$
0
0

KUCHING: Sebanyak 20 sekolah terpaksa ditutup akibat banjir sekali gus menjejaskan 6,255 pelajar.

Sekolah-sekolah yang ditutup di Bau adalah seperti SK Buso, SK Tembawang, SJK(C) Chung Hua Siniawan, SK Suba Buan, SK(C) Chung Hua Kranji, SK Segong dan SMK Bau manakala di Serian ialah SK St Theresa.

Sekolah-sekolah yang ditutup di Padawan pula adalah SK Batu Kitang, SK Rantau Panjang, SK Patung, SK Landeh, SK St Augustine, SK St Matthew, SK St Patrick, SK St Dunstan, SJK(C) Chung Hua Batu Kitang, SK St Gile, SK St Swithun dan SMK Tun Abdul Razak.

Sebanyak enam pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di SMK Batu Kawa, SK St Peter Simpok, SK George Punau, SK Siniawan, SK Tanah Merah dan SMK Tebang yang menempatkan 2,081 mangsa banjir merangkumi 516 keluarga.

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai penutupan sekolah sekiranya terjejas akibat bencana banjir.

Beliau yang bercakap pada sidang media di sini semalam,  berkata keputusan itu diserahkan kepada pihak-pihak tersebut memandangkan mereka lebih mengetahui keadaan dilokasi.

“Kita sedang pantau keadaan namun kita benarkan pegawai pendidikan, guru besar dan pengetua untuk membuat keputusan mengenai penutupan sekolah sekiranya perlu memandangkan mereka yang berada di lokasi,” katanya.

Sejarah buruk berulang, Kampung Batu Kitang dilanda banjir besar

$
0
0

KUCHING: Sejarah buruk banjir Kampung Batu Kitang pada 2004 kini berulang kembali pada tahun ini ekoran kenaikan paras air di hulu Sungai Sarawak dan hujan lebat turun sejak Jumaat lepas.

Tinjauan Utusan Borneo ke kampung itu semalam mendapati paras air masih kekal pada tahap bahaya iaitu lima meter dan trend paras air menunjukkan peningkatan.

Menurut Aminah Morshidi, 54, meskipun Kampung Batu Kitang kerap mengalami banjir setiap tahun tetapi keadaan banjir yang buruk pernah berlaku di situ pada 2004 dan tahun ini.

“Pada 2004 tingkat atas rumah saya ditenggelami banjir. Tahun ini keadaan sama turut berlaku memaksa kami sekeluarga berpindah ke Pusat Pemindahan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Malah, Aminah memberitahu bahawa paras air di situ yang belum menunjukkan penurunan menyebabkan dia sekeluarga terpaksa menginap lagi di pusat pemindahan.

“Kami tidak dapat tidur dengan lena kerana bimbang keselamatan harta benda ditinggalkan.

“Suami saya terpaksa berulang-alik meredah banjir untuk memeriksa keadaan rumah kami,” tambahnya.

Sementara itu, Jipot Weng, 63, juga penduduk Kampung Batu Kitang bimbang akan keadaan bertambah buruk sekiranya hujan lebat terus turun dan bertembung dengan air pasang besar.

“Kami berharap keadaan akan bertambah baik supaya kami dapat balik dan membersihkan semula kediaman kami,” katanya.

Manakala seorang lagi penduduk terjejas yang hanya mahu dikenali Nor, 36, berharap agar pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu meringankan beban penduduk di situ.

“Kami harap lebih banyak NGO memberi bantuan seperti barang makanan di pusat pemindahan memandangkan keadaan di sini belum menunjukkan perkembangan positif.

“Kami penduduk Kampung Batu Kitang sudah pastinya amat memerlukan bantuan seperti bekalan makanan ketika berada di pusat ini,” ujarnya.

Semalam, seramai 181 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Rumah Chi Piah Kampung Batu Kitang Lama yang dibuka sejak kelmarin.


Penguang nafi dakwaan Entri geran bantuan bukan duit k’jaan

$
0
0

SUNGAI KELABIT, BAKONG: Calon Parti Demokratik Progesif Sarawak (SPDP) Marudi Datu Dr Penguang Manggil menafikan beliau berhutang dengan syarikat tertentu dalam pengagihan geran kepada beberapa rumah panjang di sekitar Marudi.

Penguang mengakui berasa terkejut dengan kenyataan penyandang kerusi Marudi, Datuk Sylvester Entri Muran dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa geran tersebut bukan bantuan kerajaan sebaliknya duit parti.

“Sebenarnya duit atau cek daripada saya adalah geran dilulus kerajaan pusat oleh Perdana Menteri menerusi Jabatan Perdana Menteri. Kita salur geran berkenaan kepada rakyat.

“Saya memberi geran kepada rakyat yang tidak diberi bantuan selama ini.

“Entri berbohong besar kerana mengatakan wang tersebut adalah hasil saya berhutang atau wang syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Michael Bangat, Sungai Kelabit, Bakong kelmarin.

Penguang kesal dengan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan Entri itu sebagai orang yang ketakutan dan kabur penglihatan.

“Kita duduk di negara demokrasi. Justeru jika kita sebagai wakil rakyat sudah tidak disokong rakyat, kita harus berundur secara baik. Saya beri geran kepada rakyat yang tidak diberi bantuan selama ini.

“Saya percaya rakyat sudah tahu niat saya baik demi membela mereka.

“Tidak perlu bersuluh kerana sudah terang, SPDP merupakan parti komponen dalam Barisan Nasional. Jangan kelirukan rakyat dengan parti yang diperjuangkannya,” katanya.

Pada majlis sama, Penguang turut menyampaikan geran daripada Jabatan Perdana Menteri bernilai RM15,000 untuk Rumah Michael Bangat.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pandang Sema dalam ucapannya berkata, beliau begitu teruja dengan sokongan rakyat di Marudi terhadap Penguang.

“Saya melihat sokongan rakyat di Marudi. Sokongan ini amat luar biasa. Saya juga mendengar bisikan rakyat yang menyokong Penguang mencecah 90 peratus.

“Maka beliau tidak bermasalah akan menang dengan majoriti besar,” dakwa Pandang yang menyokong Penguang sebagai calon di Marudi.

Mangsa pertama banjir dihanyut arus deras, gerakan SAR diterus

$
0
0

KUCHING: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai dalam kejadian di Kampung Maan, Siburan di sini, malam kelmarin.

Dalam insiden sekitar jam 9.15 malam itu, lelaki dikenali sebagai Junus, 20, bersama rakannya cuba menyeberangi sungai.

Menurut sumber, mangsa dipercayai gagal bertahan berikutan air sungai deras sebelum hanyut.

Bagaimanapun, rakannya sempat berpaut pada sebatang pokok sehingga berjaya diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi kejadian.

Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Siburan tiba kira-kira jam 10.30 malam dan terus menggerakkan usaha mengesan lelaki dari Kampung Pancur Dayak itu.

Namun operasi SAR di sepanjang kawasan sungai menemui jalan buntu berikutan keadaan gelap dan arus deras.

Gerakan mengesan lelaki berkenaan disambung semula semalam pada jam 8 pagi.

BN akan sapu bersih kerusi Bidayuh

$
0
0

Enam kerusi diwakil Bidayuh, Tebedu, Tarat, Kedup, Mambong, Tasik Biru, Opar

Oleh Agnes Tugong //

BAU: Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kesemua enam kerusi Bidayuh pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang dijadual April nanti.

Keyakinan ini dinyatakan sendiri oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Perasmian Pejabat Perhubungan Cawangan PBB N.18 Serembu di sini semalam.

Enam kerusi BN yang diwakili oleh Bidayuh ialah Tebedu, Tarat, Kedup, Mambong, Tasik Biru dan Opar.

Jelas Manyin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, kaum Bidayuh amat bernasib baik kerana diperuntukkan dengan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.

Malah katanya, jika dipersetujui oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti dan BN Sarawak, Bidayuh katanya berkemungkinan menerima tambahan dua kerusi DUN baharu iaitu Serembu dan Bukit Semuja pada PRN11 nanti.

“Kita mempunyai hak untuk menuntut kerusi Serembu dan Bukit Semuja berdasarkan kepada sokongan kuat pengundi kepada PBB di dua kawasan ini.

“Kami telah bermesyuarat banyak kali bersama Ketua Menteri yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden PBB berhubung pengagihan 11 kerusi DUN baharu ini namun setakat ini masih belum ada keputusan muktamad dibuat.

“Kita berharap dua kerusi ini akan diwakili oleh Bidayuh dan saya yakin PBB akan menang dengan majoriti besar di dua kerusi baharu ini nanti,” katanya.

Majoriti atau 75 peratus daripada pengundi di Serembu adalah Bidayuh, 20 peratus Cina dan lima peratus Melayu.

Manakala di Bukit Semuja, 48 peratus daripada pengundi adalah Bidayuh, 21 peratus Cina, 19 peratus Melayu dan 12 peratus Iban.

Pada majlis itu, Manyin turut melancarkan jentera PBB untuk PRN11 Serembu diikuti penyerahan panji, bendera BN dan PBB kepada ketua zon.

Pejabat Perhubungan Cawangan PBB N.18 Serembu terletak di Pusat Komersial Simpang Buso, Jalan Bau Lama-Kuching dekat sini.

Cina: Adenan enggan ulas tindakan Nga ubah kenyataannya

$
0
0

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem enggan mengulas tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak Nga Kor Ming yang mengubah kenyataannya mengenai komuniti Cina di Sarawak.

“Terima kasih (kepada media) kerana memaklumkan perkara ini, saya tidak tahu, kerana saya tidak mengata demikian.

“Saya tidak akan memberi maklum balas kepada perkara yang saya tidak tahu. Saya tidak tahu apa yang beliau (Nga Kor Ming) katakan,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu Adenan menyempurnakan Majlis Penutupan Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Peringkat Sarawak 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dekat sini.

Pada majlis tertutup itu, Adenan telah menyampaikan amanat di hadapan kira-kira 2,500 peserta yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Adenan yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Nga dalam akaun Facebook peribadinya memetik Adenan sebagai berkata: “Balik Tong San Cina Babi, apa lagi mau”, yang turut dilaporkan  dalam portal berita baru-baru ini.

Hakikatnya kapsyen itu telah diubah atau direka daripada gambar asalnya iaitu ‘Adenan: Kerajaan kami akan sentiasa melayan kaum Cina dengan baik’.

Sementara itu, ditanya mengenai inti pati ucapannya, Adenan berkata ia lebih kepada komen serta pandangan beliau mengenai dasar-dasar pendidikan negara.

“Saya mengulas mengenai dasar-dasar pendidikan negara, itu sahaja. Saya tidak boleh nyatakan dengan terperinci kepada anda (media).

“Ia lebih kepada pemerhatian saya kepada dasar-dasar pendidikan negara,” jelasnya.

Adenan bagaimanapun mengakui beberapa perkara menyebabkan beliau tidak berpuas hati tetapi menegaskan perkara itu akan dimaklumkan kemudian, apabila tiba masanya.

Terjemah sokongan dengan mengundi BN

$
0
0

MIRI: Masyarakat Orang Ulu dan Iban harus menterjemah sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memberi sokongan padu kepada calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau berkata hanya kerajaan BN  konsisten dalam memberi pembangunan fizikal terutama kepada penduduk pedalaman Baram berbanding pihak pembangkang.

“Kita mahu rakyat di konstituensi Baram menterjemah sokongan mereka atas kertas undi dan memilih hanya calon BN supaya kelangsungan pembangunan dapat diteruskan di luar bandar,” katanya di Long Banyok, Tinjar baru-baru ini.

Menurut Anyie, Parlimen Baram kini mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing Telang Usan, Marudi dan Mulu.

Tambahnya, sejarah sebelum ini telah membuktikan bahawa pembangkang tidak mampu membawa sebarang perubahan kepada penduduk luar bandar meskipun pernah menjadi pemimpin rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat di Baram melakukan kesilapan berulang dengan memilih pembangkang sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus mentadbir tiga kawasan DUN luar bandar,” katanya.

Tambahan pula katanya, jika kerajaan BN terus memerintah kawasan luar bandar, maka pembangunan secara terancang akan terus terlaksana secara berperingkat.

Sementara itu, desas-desus di peringkat akar umbi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan PKR, sementara Telang Usan pula menyaksikan PBB akan ditentang PKR.

Bagi kerusi Marudi pula kemungkinan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara parti pembangkang, calon bebas dan calon BN.

Viewing all 26859 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>