KUCHING: Pengenalan kad skor seimbang ternyata meletakkan Jabatan Pertanian Sarawak pada tahap cemerlang apabila mencatatkan mata tinggi untuk mengukur prestasi.
Sehubungan itu, Pengarahnya Datu Lai Kui Fong mahu warga jabatan tersebut terus mencatat mata tertinggi dan tiada alasan untuk tidak melakukan yang terbaik.
“Peningkatan akauntabiliti kita akan merangsang produktiviti dan prestij jabatan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Daerah Zon Selatan Pegawai Gred 1-16 Jabatan Pertanian Negeri di sini, semalam.
Zon selatan merangkumi Kuching, Sri Aman, Samarahan dan Betong.
Lee berkata kad skor diwujudkan untuk me-ngukuhkan prestasi peng-urusan dalam organisasi dan menjadikannya sebagai budaya.
“Ini merupakan komponen penting dan Program Transformasi Kerajaan.
“Kita perlu mengubah pendekatan agar jabatan kita ada nilai tambah, tumpuan dan keputusan terbaik,” ujarnya.
Kad skor seimbang katanya akan menjadi tenaga kerja lebih kuat dan akan memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaan peningkatan strategi jabatan.
“Jika dilihat, kad skor seimbang menyediakan rangka kerja untuk pembangunan berasaskan budaya prestasi dalam kecemerlangan peng-urusan organisasi,” jelsnya.
Hadir sama pengerusi penganjur Abang Yusuf Abang Hassan dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Boniface Anat Litis.
Perhimpunan itu turut diselitkan dengan ceramah Transformasi Perkhidmatan Awam – SCS10-20 oleh Unit Kualiti dan Permodenan Perkhidmatan (UPPQ) Jabatan Ketua Menteri.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyampaikan ceramah mengenai integriti dalam perkhidmatan awam.