Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Seramai 70 kanak-kanak diraikan sempena Tahun Baharu Cina

$
0
0

SIBU: Seramai 70 kanak-kanak dari Rumah Kanak-kanak Methodist Sibu diraikan dalam Majlis Makan Tengah Hari Tahun Baharu Cina 2014 anjuran Kelab Rotary Sibu, kelmarin.

Kedatangan mereka di Pelicana Chicken Quick Service Restaurant di  Medan Mall di sini disambut mesra Presiden Kelab Rotary Sibu Stephen Wong.

Hadir sama bekas Presiden Kelab Rotary Sibu Sia How Teck, Mejar Robert Wong, Donny Tang dan Dr Gregory Hii.

Pengarah Pelicana Chicken Quick Service Restaurant yang juga bekas Presiden Kelab Rotary Sibu Roger Ong turut hadir pada majlis tersebut.

Pengetua Rumah Kanak-kanak Methodist Sibu Yong Kie Ho dan Timbalannya Lau Sie Tung berterima kasih kepada Kelab Rotary Sibu atas keikhlasan menaja majlis tersebut sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kami berterima kasih kepada Kelab Rotary Sibu kerana membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kanak-kanak Rumah Kanak-kanak Methodist Sibu dengan mengadakan majlis ini.

“Selain itu, Pelicana Chicken Quick Service Restaurant yang menawarkan kepelbagaian makanan Korea yang sedap adalah venue yang sesuai untuk majlis seperti hari ini,” katanya.

Pelicana Chicken Quick Service Restaurant terletak di Medan Mall Sibu dibuka jam 11 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Sabtu) dan dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam (Ahad).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>