Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pertandingan Berzanji, Zikir Marhaban, 24-25 Jan

$
0
0

BINTULU: Biro Kebudayaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1 akan menganjur Pertandingan Berzanji dan Zikir Marhaban pada 24 dan 25 Januari ini di balai raya kampung itu mulai jam 8 malam hingga 11 malam.

Jurucakap penganjur berkata, penyertaan pertandingan adalah secara jemputan untuk kumpulan zikir atau hadrah yang telah dikenal pasti oleh jawatankuasa penganjur dan penyertaan adalah percuma.

Katanya pertandingan itu bertujuan mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul 1435H, mengetengahkan bacaan berzanji dan zikir dalam kalangan masyarakat khususnya untuk golongan belia, memantapkan seni serta penghayataan bacaannya sekali gus untuk memperkukuhkan perpaduan ummah dan silaturahim antara penduduk setempat.

Beliau berkata pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita manakala setiap ahli dalam kumpulan hendaklah berumur 15 tahun ke atas.

Kumpulan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dan mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Safiee Samat di talian 012-8861837, Ketua Kaum Pengiran Hamdan Pengiran Kerta (019-4837951) atau Mohamad Sahari (019-8286356).

Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Urus Setia Pertandingan Berzanji dan Zikir Marhaban di Pusat Gerakan JKKK FI Jalan Tanjung, Kampung Assyakirin Fasa 1 pada atau sebelum 17 Januari jam 4.30 petang.

Pertandingan itu menawarkan hadiah johan hingga tempat keempat termasuk cenderamata penghargaan kepada kumpulan yang tidak menang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>