Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Empat sekolah di Sarawak ditutup ekoran banjir

$
0
0

KUCHING: Empat sekolah ditutup setakat jam 4 petang semalam, ekoran banjir yang berlaku di negeri ini berbanding hanya sebuah pada hari sebelumnya.

Daripada empat sekolah berkenaan tiga daripadanya sekolah baharu ditutup  sementara sebuah sekolah iaitu Sekolah Kuala Kenyana yang mempunyai 35 murid di bahagian Mukah telah ditutup sejak 9 Januari lepas.

Tiga sekolah yang baharu ditutup semalam adalah SK Kuala Awang dan SK R.C Kubong masing-masing di bahagian Limbang dan SK Siang-Siang di bahagian Lawas.

SK Siang-Siang mencatatkan murid paling ramai terjejas dengan 289 orang terdiri daripada 199 murid harian dan 90 murid asrama serta 18 guru dengan 10 kakitangan dan sekolah ditutup ekoran air naik ke paras 1.2 meter.

Sama seperti SK Siang-Siang, SK R.C Kubong ditutup ekoran paras air naik 1.2 meter dan menjejaskan seramai 141 murid serta 12 guru dan tiga kakitangan.

Manakala penutupan SK Kuala Awang menjejaskan seramai 32 murid dan 11 guru serta seorang kakitangan, di mana semua muridnya masih tidak hadir ke sekolah.

Sementara itu, menurut kenyataan akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini, semalam Sarawak mencatat seramai 87 mangsa terdiri daripada 26 keluarga setakat jam 4 petang semalam.

Kesemua mangsa dari kawasan Kampung Siang-Siang, Trusan di bahagian Lawas itu turut dipindahkan ke pusat pemindahan iaitu Dewan Masyarakat Trusan sekitar jam 11.34 pagi kerana air naik akibat hujan lebat dan air pasang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>