
CAHAYAKAN KUCHING: Abdul Wahap (empat kanan) dan Wee (lima kanan) bergambar bersama pegawai-pegawai kanan DBKU semasa majlis pelancaran tanglung di Kuching, semalam.
Pada malam Selasa sahaja 2,500 tanglung dinyalakan oleh DBKU di sekitar bandar raya ini
KUCHING: Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, bandar raya ini kini mula kelihatan bercahaya dengan ribuan tanglung yang dipasang di beberapa lokasi.
Malam kelmarin sahaja, sebanyak 2,500 unit tanglung telah dinyalakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sekitar bandar raya ini.
Antaranya di Esplanade Kuching (1,000 unit), Jalan Tun Openg (500 unit), Jalan Pearl (500 unit), Lebuh India (400 unit), Khai Joo Lane (100 unit) dan Padang Merdeka (50 unit).
Pelancaran tanglung-tang-lung tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.
Menurut Abdul Wahap, pemasangan tanglung-tanglung tersebut merupakan usaha DBKU dalam menjadikan Kuching sebagai bandar raya bercahaya sempena Tahun Baharu Cina ini.
“Semoga pada 2014 ini, DBKU akan dapat meneruskan lagi legasi kejayaan daripada tahun-tahun sebelumnya dan diharap warga kota Kuching akan terus berganding bahu dan menyokong DBKU dalam meneruskan usaha murni ini.
“Hubungan kerjasama ini secara tidak langsung akan membolehkan DBKU me-nyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berkua-liti terhadap pembangunan bandar raya Kuching selaras dengan konsep Kuching Bersih, Cantik dan Selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurnakan pelancaran tanglung di Padang Merdeka, di sini malam kelmarin.
Kesemua 2,500 tanglung tersebut adalah disumbangkan oleh Ahli Dewan DBKU Datuk Wee Hong Seng dan diserahkan kepada DBKU untuk dipasang di enam lokasi yang dinyatakan.
Hadir sama pada upacara pelancaran tanglung-tang-lung tersebut ialah Pengarah DBKU Dr Saadiah Abdul Samat.