Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Anggota tentera nyaris terbunuh, motosikal bertembung kereta

$
0
0

ROSAK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk.

KUCHING: Seorang anggota tentera nyaris terbunuh apabila terbabit dalam satu kemalangan di Muara Tuang, dekat sini, malam kelmari (Ahad).

Dalam insiden itu, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan menuju ke arah Kota Sentosa apabila berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang masuk ke sebuah simpang.

Lelaki berusia 27 itu tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala akibat impak perlanggaran sekitar 10 malam itu manakala pemandu kereta dikatakan tidak mengalami kecederaan serius.

Ambulans dikerahkan ke tempat kejadian bagi memberi pertolongan kecemasan kepada mangsa.

Polis turut berada di tempat kejadian bagi mengawal trafik serta menyiasat kes tersebut.

Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan di Zon Merah.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan siasatan sedang dijalankan.

KRITIKAL: Kakitangan HUS memberi bantuan kecemasan awal kepada mangsa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>