Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Getah mampu jadi punca ekonomi penduduk

$
0
0

RANDI

Penanaman getah secara giat di Lambir diharap kembali sebagai penanaman komersil
MIRI: Seorang Ketua Masyarakat Lambir Penghulu Randi Elon berharap zaman penanaman getah yang pernah dilaksanakan secara giat di kawasan itu suatu ketika dahulu akan kembali semula sebagai penanaman secara komersil.

Ini kerana katanya, penanaman getah adalah aktiviti utama dan menjadi salah satu daripada punca ekonomi penduduk Lambir dan Sibuti suatu ketika dahulu.

“Walaupun kegiatan penanaman getah semakin berkurangan dan hanya dilakukan oleh pekebun kecil, namun ia masih berterusan di Lambir dan Sibuti,” katanya.

Sehubungan itu, pelantikan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MPEGM) memberi harapan baharu kepada penanam getah terutama pekebun kecil.

“Sebagai ketua masyarakat di kawasan konstituensi beliau (Sibuti), saya amat berbangga dengan pencapaian beliau dan pelantikan tersebut.

“Apatah lagi bila mengetahui ia berkaitan dengan getah sudah pasti saya dan penduduk Lambir dan Sibuti berharap beliau membawa berita baik kepada penanam getah dan pekebun kecil di negeri ini,” jelasnya.

Menurut Randi, beliau sedar ramai penduduk di konstituensi tersebut masih belum mengetahui mengenai pelantikan Ahmad Lai dan berita baik tersebut.

Katanya apabila wakil rakyat itu turun padang ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang bagi menjelaskan mengenai pelantikan tersebut dan bidang kuasanya kelak, pasti ramai yang akan memperoleh motivasi untuk kembali semula bergiat dengan tanaman getah.

“Saya dan penduduk di sini pastinya tidak sabar menunggu kehadiran beliau membawa berita baik kepada kami sekali gus memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada penduduk khususnya mereka yang sedang dan mahu mengusahakan tanaman getah,” jelasnya.

Tambahnya, dengan adanya Ahmad Lai berada di salah satu kerusi penting itu maka impian penduduk untuk melihat kawasan Sibuti khususnya Lambir kembali semula sebagai kawasan penanaman getah utama di utara negeri ini, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Sementara itu, Lembaga Amanah MPEGM yang diterajui oleh Ahmad Lai merupakan salah satu daripada jabatan yang berada di bawah Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>