Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Ceroboh rumah Wan Junaidi, dua anggota RELA kena enam bulan

$
0
0

KE PENJARA: Dua anggota RELA tersebut dikawal masuk ke kenderaan polis setelah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuching, semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Dua anggota RELA dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lalu.

Hukuman terhadap Aloi Ali, 41, dari Kampung Pinang Jawa dan rakannya, Nurul Azmie Tahir, 29, dari RPR Taman Sri Jaya dijatuhkan Majistret Maris Agan di sini, semalam.

Mereka yang dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 447 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Tengah kira-kira jam 3.15 pagi.

Fakta kes menyatakan dua anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batu Kawa bertugas mengawal rumah terbabit bersama tiga anggota RELA.

Bunyi alat penggera telah menyedarkan mereka dan apabila diperiksa pagar di bahagian belakang rumah telah dipotong.

Kemudian mereka ternampak dua orang memakai topeng dengan bersenjatakan parang di pekarangan rumah cuba membuka jerjak tingkap.

Dua suspek cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh pengawal. Seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu tembakan ke udara bagi memberi amaran kepada penjenayah terbabit.

Dua suspek itu kemudian berjaya meloloskan diri dengan melompat pagar dan menunggang motosikal Honda EX5.

Polis menemui beberapa barang digunakan dalam kes tersebut.

Hasil siasatan polis memberkas tiga suspek untuk siasatan.

Bagaimanapun, seorang suspek berusia 37 tahun dibebaskan tanpa syarat apabila polis berpuas hati dengan siasatan bahawa beliau tidak terbabit dalam kes.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>