Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Simbol perpaduan, toleransi

$
0
0

Daud

MUKAH: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di sini pada 14 Januari ini bakal disertai beberapa kontinjen bukan Islam daripada pelbagai kaum di bahagian ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata perkara ini menunjukan cara hidup kita di Sarawak yang bertoleransi dan terus mengekalkan semangat perpaduan yang tinggi.

Beliau memberitahu, walaupun Sambutan Maulidur Rasul merupakan sambutan bagi penganut agama Islam ia tidak menghalang masyarakat bukan Islam untuk sama-sama memeriahkan sambutan tersebut dan ia menunjukan keunikan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Perkara ini membuktikan keunikan cara hidup kita di Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama yang terus mengekalkan perpaduan kaum dan agama dan mengamalkan cara hidup bertoleransi.

“Ini bukan secara paksaan, mereka (masyarakat bukan Islam) secara sukarela untuk menghadiri sambutan ini bagi memeriahkan perayaan Islam,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat akhir Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di sini semalam.

Pada sambutan itu nanti, turut diadakan program sampingan antaranya seperti pameran hidup sihat, gerai jualan, pertandingan futsal dan ‘autoshow,’ aktiviti kajian impak, pertandingan pintu gerbang, sumbangan Maulud Nabi di hospital dan ceramah serta forum.

Dalam pada itu, Daud memberitahu bahawa penyertaan daripada masyarakat bukan Islam mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Perkara seperti ini tidak akan melemahkan akidah kita, malah ia akan menjadi satu landasan untuk kita terus mengekalkan keharmonian kaum di negeri ini dan ini merupakan perkara yang kita mahu,” katanya.

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini dijangka akan disertai seramai 10,000 penyertaan dan 150 kontinjen.

Sementara itu, perarakan akan diadakan sepanjang 3.5 kilometer yang akan mengelilingi bandar Mukah.

Daud berkata lagi, Maulidur Rasul diadakan secara besar-besaran bagi mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Kita akan menyambut dengan meriah dan dijangka 10,000 orang akan menyertai sambutan tersebut,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap semua masyarakat beragama Islam khasnya, akan hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul kali ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>