Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Jabatan Pendidikan anjur konsert 10 Dis

$
0
0

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri akan menganjurkan konsert bertema ‘Sarawak Harmoni, Kemakmuran Dinikmati’ pada Selasa, 10 Disember 2013 ini di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Pengarahnya Datu Abdillah Adam yang berkata demikian pada sidang media di sini kelmarin menambah, konsert berkenaan akan berlangsung mulai jam 8 malam hingga 10 malam.

Menurutnya, acara kemuncak pada malam itu ialah persembahan khas pelajar yang akan menari dan menyanyi.

“Mereka adalah pelajar berkeperluan khas, iaitu menghadapi masalah pendengaran dan adalah suatu yang cukup istimewa melihat mereka bermain muzik.

“Selain  itu, pelajar sekolah rendah akan membuat persembahan begitu juga guru,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>