Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Jumlah mangsa banjir terus menurun

$
0
0

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat jam 4.30 petang semalam terus mencatat penurunan iaitu kepada 217 berbanding 262 kelmarin meskipun jumlah kawasan terjejas bertambah.

Statistik dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak, menunjukkan mangsa-mangsa adalah daripada 60 keluarga.

Semalam direkodkan lima kawasan terjejas iaitu Bintulu, Marudi, Miri, Samarahan dan Sarikei berbanding tiga kawasan kelmarin (Miri, Bau dan Marudi).

Manakala pusat pemindahan yang dibuka semalam di seluruh negeri kekal enam terletak di kawasan-kawasan terjejas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sementara itu hujan lebat yang mula turun sekitar jam 5.30 petang semalam di sekitar bandar raya Kuching menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat, antaranya Kampung Tabuan Dayak.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak dalam kenyataan akhbarnya semalam memberitahu secara keseluruhannya negeri Sarawak akan terus mengalami cuaca lembap sepanjang minggu ini dengan hujan lebih banyak tertumpu di barat Sarawak.

Difahamkan juga Sarawak diramal akan mengalami musim monsun timur laut bermula 1 November 2013 hingga Mac 2014 yang membawa lebih banyak hujan berbanding hari-hari biasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>