Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Julaihi temui pengusaha industri bina kapal

$
0
0

SIBU: Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Promosi dan Pelaburan) Datuk Julaihi Narawi bertemu dengan para pengusaha industri pembinaan kapal di Estet Perindustrian Rantau Panjang di sini kelmarin.

Pertemuan itu bertujuan mencari penyelesaian dan membantu para pengusaha industri pembinaan kapal di sini untuk memajukan serta meningkatkan lagi industri terbabit yang banyak menyumbang kepada pembangunan bandar Sibu dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah para pegawai daripada Kementerian Pembangunan Perindustrian, MIDA, MATRADE, PUSAKA dan Jabatan Tanah dan Survei.

Kementerian Pembangunan Perindustrian diketuai Ketua Penolong Setiausahanya Rozaini Mohd Zahir manakala MATRADE dari Kuala Lumpur diketuai Pengarahnya Md Silmi Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Yazrin Syakhairi Mahlan.

Pertemuan serta dialog yang berlangsung selama lebih dua jam itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Limbungan Kapal Sibu merangkap Pengarah Urusan Rajang Maju Shipbuilding Sdn Bhd Ngieng Ping Sing bagi ahli-ahli persatuan terbabit.

Semasa sesi dialog, Julaihi menjelaskan kepada pihak media bahawa dialog bersama pengusaha kapal itu merupakan salah satu pendekatan kementerian mencari jalan untuk membantu mereka membangunkan industri berkenaan dan berkongsi pandangan.

“Kami melihat industri pembinaan kapal itu berpotensi besar untuk terus membangun.

“Sesungguhnya industri terbabit banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negeri Sarawak amnya dan bandar Sibu khasnya,” ujar beliau.

Di samping itu beliau berkata, industri terbabit juga banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menaikkan nama Sibu di peta dunia atas kejayaan pengusahanya mengeksport kapal ke beberapa negara luar.

“Lawatan kami ke estet perindustrian pembinaan kapal itu lebih kepada membantu dan memberi sokongan kepada para pengusaha supaya terus berusaha membangunkan industri berkenaan.

“Justeru dengan melawat sendiri estet perindustrian itu, kami dapat mengetahui keadaan sebenarnya,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, kementerian merancang mengadakan bengkel untuk pengusaha industri pembinaan kapal di sini sebagai susulan daripada seminar yang diadakan kelmarin bagi membincangkan secara lebih panjang untuk faedah bersama dan masa depan industri itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>