Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

SBEU mogok membantah diskriminasi bank

$
0
0

Oleh Jeremy Lanson

 

KUCHING: Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) Cawangan Kuching semalam melancarkan mogok di hadapan pejabat Hong Kong & Shanghai Banking Corporation (HSBC) Cawangan Kuching di Jalan Padungan di sini untuk membantah diskriminasi yang diamalkan oleh bank-bank di negara ini.

Menurut satu kenyataan akhbar SBEU, kebanyakan bank membayar bonus antara kosong sehingga 4.5 bulan gaji kepada pekerja bank di Sarawak berbanding bonus antara 2 sehingga 6.5 bulan gaji di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Difahamkan dalam Perjanjian Kolektif (CA) di antara SBEU dengan Persatuan Bank Perdagangan Sarawak (SCBA), semua bank anggota SCBA akan membayar Bonus Prestasi (BP) kepada ahli-ahli SBEU.

“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2002 dan 2003, sejajar dengan hak SBEU di bawah CA ber-kenaan, bank anggota SCBA sudah membayar BP kepada kebanyakan ahlinya sebanyak kosong sehingga empat bulan gaji.

“Ini bermakna ada ahli yang tidak menerima BP kerana bank mereka berpendapat tahap prestasi mereka tidak melayakkan mereka untuk menerima BP,” katanya.

Selain itu, difahamkan setiap kali SBEU membangkitkan isu ini, bank-bank terbabit mene-gaskan sebarang bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja mesti sejajar dengan CA yang disokong oleh SBEU.

“Bagaimanapun kebanya-kan bank tidak mengotakan janji mereka kerana mereka turut membayar BP kepada pekerja di Semenanjung Malaysia dan Sabah walaupun CA di kedua-dua wilayah ini tidak memperuntukkan BP sedemikian dan ini adalah tambahan kepada bonus dua bulan gaji yang diperuntukkan di dalam CA mereka,” katanya.

Bank-bank yang terbabit ialah Affin Bank, Bank Muamalat, Bank Islam, CIMB Bank, HSBC Bank, Maybank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank dan UOB.

Sehubungan itu, mogok tersebut semalam juga untuk membantah tindakan HSBC menutup bahagian perniagaan komersial di Sarawak pada Oktober 2013.

Keputusan tersebut dilihat oleh SBEU sebagai tanda bahawa bank itu sudah tidak yakin dengan Sarawak sekali gus mengekang aspirasi kerajaan Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju pada 2020.

“Pekerja yang tidak memohon untuk Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) akan dipindahkan keluar dari Sarawak dan jika mereka enggan dipindahkan, mereka akan diberhentikan kerja, dan ini melibatkan kebanyakan pekerja wanita dalam lingkungan usia 40-an dengan anak-anak yang masih bersekolah,” katanya.

Selepas SBEU melancarkan mogok di seluruh negara, HSBC pada 24 Februari lalu memberi jaminan mereka yang tidak memohon tidak akan dipindahkan atau diber-hentikan kerana bank akan mencari peranan untuk mereka di bandar asal mereka.

Bagaimanapun pada 16 April lalu, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC tidak menunaikan komitmen yang dibuat pada 24 Februari.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>