Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

NGO digesa tidak berat sebelah anjur forum

$
0
0

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa supaya tidak berat sebelah apabila menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu semasa terutama yang memerlukan pendapat daripada kedua-dua pihak politik iaitu kerajaan dan pembangkang.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, sesebuah NGO itu perlu mempelawa penceramah daripada kedua-dua pihak untuk memastikan perbincangan terbuka mengenai isu seperti undang-undang hudud.

Beliau berkata, DAP telah menolak jemputan daripada Bahagian Belia Persekutuan Persatuan Cina Kuching dan Samaharan yang mempelawa mereka menghadiri satu forum mengenai undang-undang hudud pada Jumaat ini.

“Forum itu adalah berat sebelah kerana ia hanya mempunyai penceramah daripada MCA dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan tidak ada penceramah daripada Pakatan Rakyat. Kami hanya dijemput untuk menyertai penonton sahaja.

“Kami mengalu-alukan forum seperti ini tetapi NGO tidak harus berat sebelah kepada satu pihak sahaja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Chong menyelar MCA dan SUPP kerana pendirian tidak menentu mereka dalam isu undang-undang hudud.

“Pendirian mereka terhadap pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah jelas sebenarnya.

“Apabila PAS membawa perkara ini, mereka mengutuk tetapi apabila UMNO membawa perkara ini, mereka tidak mempunyai komen dan tidak ada bantahan, malah tidak berani berdebat mengenainya pada Persidangan DUN.

“MCA dan SUPP hanya memberitahu komuniti Cina bahawa mereka menentang pelaksanaan hudud tetapi berdiam diri di hadapan rakan-rakan mereka yang lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>