Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Tetapkan tarikh perbincangan pembayaran royalti

$
0
0

Oleh Hamimi Kassim //

Mekanisme pembayaran kepada empat negeri mestilah dilakukan secara telus, bertanggungjawab: See

KUCHING: Kerajaan persekutuan perlu menetapkan tarikh bagi perbincangan pembayaran royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus kepada Sarawak dan tiga buah negeri pengeluar minyak lain iaitu Sabah, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak See Chee How berkata, mekanisme pembayaran royalti minyak dan gas kepada empat negeri ini mestilah dilakukan secara telus dan bertanggungjawab.

“Secara prinsipalnya, kami tidak bersetuju dengan pembayaran royalti minyak dan gas dalam bentuk geran pembangunan.

“Kerajaan persekutuan dan negeri mesti jelas dengan dua perkara ini iaitu royalti merupakan hak kelayakan kita (negeri), tetapi geran pembangunan pada dasarnya pemberian daripada kerajaan persekutuan, yang merupakan amalan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan kesediaan Perdana Menteri mempertimbangkan kenaikan royalti minyak dan gas bagi negeri ini, di pejabatnya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata, sekiranya kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan kerajaan persekutuan untuk membayar royalti minyak dan gas dalam bentuk geran pembangunan, Dewan Undangan Negeri mesti menunjukkan akaun bagi memastikan bayaran tambahan bagi royalti minyak dan gas selain geran pembangunan sedia ada diperuntukkan kepada Sarawak dan tiga negeri lain.

“Ini adalah bagi memastikan kerajaan persekutuan tidak menggunakan geran pembangunan bagi melayakkan Sarawak mendapat hak dalam royalti.

“Justeru, kerajaan negeri mesti menuntut bagi sahamsaham ekuiti dan penyertaan secara langsung dalam pengeluaran kontrak perkongsian (PSC) melibatkan eksploitasi dan produksi minyak dan gas dan produk berkaitan di Sarawak,” jelasnya.

Dalam pada itu, See turut menyeru kepada kerajaan pesekutuan dan negeri untuk mendedahkan bilangan PSC yang telah ditandatangani antara Petronas dan kontraktor PSC mempengaruhi Sarawak.

“Selain itu, kami juga mahu nilai keseluruhan PSC, pegangan ekuiti Sarawak PSC pada masa ini, nilai kelayakan keuntungan PSC, ekuiti pemegangan dalam industri hiliran PSC dan nilai kelayakan keuntungan Sarawak dalam industri hiliran PSC ini,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan harapan kepada kerajaan negeri agar meminta pemegangan bagi ekuiti, melalui dana kekayaan berdaulat (SWF) apabila PSC sedang dalam rundingan untuk tempoh lanjutan 15 hingga 20 tahun.

“Dengan segera, kita mesti bertanya bahagian pemilikan bersama negeri melalui SWF, dalam industri hiliran seperti kontrak untuk kemudahan infrastruktur dan semua bentuk penyelenggaraan sampingan,” jelasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>