Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Prosedur pensijilan halal perlu sentiasa dipatuhi

$
0
0

KUCHING: Ada sijil halal bukan bermakna pemilik premis boleh melakukan sesuka hati termasuk melanggar prosedur pensijilan tersebut, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata, sijil halal bukan kekal kerana hanya sah untuk dua tahun dan selepas tempoh tamat pemilik perlu melakukan pembaharuan.

Malah menurutnya, agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan menjalankan pemeriksaan atau pemantauan mengejut dari semasa ke sema.

Tambahnya, sekiranya ada antara premis yang didapati melanggar prosedur pensijilan halal maka tindakan tegas akan diambil termasuk menarik balik sijil.

“Pemilik premis perlu sedar, sijil halal bukan diberikan kekal untuk selama-lamanya.

“Sekiranya ada sijil halal pemilik premis juga tidak wajar melakukan sesuka hati sehingga melanggar prosedur pensijilan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Daud berkata permohonan untuk mendapatkan sijil halal tidak sukar seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

“Bukan susah untuk mendapatkan sijil halal. Masalah biasanya timbul disebabkan ada premis tidak mematuhi prosedur halal yang ditetapkan,” ujarnya.

Menurutnya, majoriti premis yang mempunyai sijil halal adalah dimiliki masyarakat bukan Islam.

“Kira-kira 70 peratus premis yang ada sijil halal milik masyarakat bukan Islam,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menasihati pemilik beragama Islam supaya lebih peka dengan pensijilan halal.

“Ini kerana prosedur halal bukan hanya melibatkan penyediaan makanan tetapi mencakupi kebersihan premis,” kata Daud.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>