Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

RM2.5 juta setahun kendali 149 PPKK di seluruh negara

$
0
0

MIRI: Kerajaan mempe­runtukkan dana sebanyak RM2.5 juta setahun untuk mengendalikan 149 Pusat Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) di seluruh negara.

Menteri Pembangu­nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Ro­hani Abdul Karim berkata, dana tersebut diguna un­tuk menganjurkan program atau aktiviti PPKK yang menawarkan perkhidmatan sokongan bercorak pence­gahan serta perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya dan diabaikan keluarga.

“Ia juga diwujudkan se­bagai pusat pembelajaran bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang datang dari golongan keluarga mis­kin dan pertengahan yang memerlukan tempat belajar lebih selesa.

“Ramai yang datang ke PPKK memberitahu mereka tidak mempunyai ruang be­lajar yang selesa kerana saiz rumah yang kecil dan dita­mbah bilangan ahli keluarga yang ramai.

“Justeru di PPKK, mereka boleh belajar dengan selesa dalam satu kumpulan sambil dipantau seorang penyelia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke PAKK Bahagian Miri di Bandar Baru Permyjaya di sini, petang semalam.

Hadir sama Pengerusi PAKK Miri Jafar Yusuf, Pengerusi PPKK Bahagian Miri, Boniface Julai, ketua-ketua masyarakat serta ibu bapa.

Rohani berkata, walaupun menyediakan PPKK, golon­gan ibu bapa yang bekerja tidak boleh menjadikan fak­tor kesibukan tugas harian sebagai alasan tidak mem­berikan kasih sayang dan per­hatian sepenuhnya terhadap anak-anak mereka.

“Anak-anak yang membe­sar dengan kasih sayang dan perhatian yang sempurna akan menjadi anak-anak yang berdaya maju, kreatif, ino­vatif, hebat dan berkarisma. Ini kerana anak-anak pada hari ini akan menjadi pen­yambung legasi kepimpinan dan transformasi negara,” katanya.

Selain itu, jelasnya, faktor perubahan zaman sekarang juga menuntut para ibu bapa agar lebih peka terhadap perkembangan dan aktiviti yang dilakukan anak-anak mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>