Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

GIATMARA dalam proses tambah kursus baharu di GIATMARA Sibu

$
0
0

KUCHING: GIATMARA dalam proses menambah kursus baharu di GIATMARA Sibu iaitu Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara atau lebih dikenali sebagai kursus aircond.

Penambahan kursus ini menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh, mengambil kira keperluan industri dalam bidang berkenaan dan prasarana yang sentiasa berkembang terutama di kawasan bandar.

Bagaimanapun kata Len, GIATMARA lain yang berdekatan di Sibu iaitu GIATMARA Lanang ada menawarkan kursus automotif dan GIATMARA Selangau menawarkan kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

“Untuk makluman, GIATMARA Sibu sekarang ber-operasi di tapak kekal melalui perolehan pembelian premis oleh MARA dan mula ber-operasi 1 Mac 2000.

“GIATMARA Sibu dengan kompleks sedia ada dijangka masih dapat menampung peng-ambilan pelatih sekurang-kurangnya 60 pelatih dalam satu masa termasuk bagi menampung satu kursus baharu yang diwujudkan iaitu kursus aircond dengan kapasiti 20 pelatih baharu dalam satu sesi pengambilan,” katanya.

Len berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Annuar Rapa’ee (BN-Nangka) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Tambah Len, sekiranya rekod permintaan sentiasa meningkat maka cadangan pengembangan GIATMARA Sibu akan dibuat dalam RMK-11 atau sekiranya mendapat peruntukan kerajaan untuk pembesaran kemudahan dan infrastruktur di GIATMARA Sibu.

Ditanya adakah belia-belia yang tidak mempunyai ke-layakan PMR atau SPM boleh memohon GIATMARA, Len menjelaskan bahawa golongan ini layak untuk mengikuti latihan dengan MARA.

Dengan syarat warga-      negara Malaysia, Bumiputera berumur 15 tahun ke atas, tahu membaca, menulis dan yang paling penting berminat.

Tambah Len, permintaan tinggi terhadap MARA semakin berkembang pusat dengan 31 pusat telah dibuka di seluruh Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, enam terletak di Kuching, empat (Sibu), masing-ma-sing tiga di Sri Aman, Miri, Mukah dan Kota Samarahan, dua di Limbang, Kapit dan Betong manakala sebuah lagi di Bintulu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>