Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

NCR sahih untuk lesen balak

$
0
0

Laporan oleh Agnes Tugong, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Sandy Mark Luna, Hamimi Kassim, Siti Aisyah Ramli //

UNTUK KENANGAN: Adenan (duduk, tengah) bersama Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah (duduk, dari kiri), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Fatimah, Rosey Yunus bergambar bersama ahli MPAKS sesi 2014-2016 di Kuching, semalam.

Atau tanah yang telah diberi hak sahaja akan dipertimbang untuk pemberian lesen pembalakan

KUCHING: Hanya tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sahih atau tanah yang telah diberi hak sahaja akan dipertimbangkan untuk pemberian lesen pembalakan, sama ada lesen OT atau permit surat kuat kuasa (LA).

Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, bagi mengelak pertindihan hak milik, maka hanya tanah NCR  yang telah dibuat survei perimeter oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan diwartakan oleh kerajaan sahaja akan dipertimbangkan oleh Jabatan Hutan bagi pengeluaran lesen atau permit tersebut.

“Keutamaan pemberian lesen adalah kepada pemilik tanah NCR. Bagaimanapun, pemilik tanah NCR boleh melantik syarikat lain untuk memohon lesen pembalakan bagi pihak mereka dengan persetujuan bertulis semua pemilik tanah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Malcom Mussen Lamoh (BN-Batang Ai) pada Persidangan DUN di sini, semalam.

Tambahnya, syarat-syarat lain yang telah ditetapkan adalah pemohon perlu mendapatkan surat persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah NCR untuk membenarkan mereka menebang, mengeluar dan menjual kayu balak dari kawan berkenaan.

“Surat persetujuan ini perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Daerah atau Residen yang berkaitan.

“Selain itu juga, pemohon dikehendaki menyediakan pelan penanaman bagi pembangunan tanah NCR tersebut.

“Hanya kawasan tanah yang akan dibangunkan mengikut pelan penanaman seperti kelapa sawit, getah, padi dan terpilih sahaja yang akan diberi kelulusan atau permit LA untuk pembalakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Len Talif yang juga ADUN Belawai memberitahu, jika terdapat sebarang aduan terhadap kawan NCR ini atau pertikaian berlaku semasa operasi pembalakan sedang dilaksanakan, termasuk juga mana-mana tindakan melanggar syarat dan terma ditetapkan dalam lesen maka lesen atau permit pembalakan tersebut boleh digantung atau dibatalkan serta-merta.

Jelasnya setelah lesen dikeluarkan, pelesen dikehendaki menjalankan bancian atau enumerasi 100 peratus pokok dalam kawasan blok sebelum penebangan dilakukan.

“Setelah laporan bancian 100 peratus pokok diluluskan oleh Jabatan Hutan maka selepas itu baharulah pelesen dapat memohon untuk mendapatkan permit melaksanakan kerja-kerja operasi pembalakan selanjutnya iaitu permit memasuki kup (PEC) daripada Sarawak Forestry Corporation.

“Ini termasuk bagi operasi-operasi memotong dan penandaan sempadan kup, penyediaan peta kerja topografi, survei dan penjajaran jalan balak, pembinaan jalan balak dan seterusnya operasi penebangan pokok,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalah tambahan daripada Malcom, Len Talif memberitahu bahawa pihak yang mempunyai tuntutan terhadap tanah atau hutan bolehlah berjumpa JTS.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>