Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Kenaikan royalti minyak beri impak besar kepada kawasan pedalaman

$
0
0

MIRI: Cadangan kenaikan royalti minyak kepada 20 peratus bakal memberi impak besar secara langsung kepada Sarawak khususnya di kawasan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, kawasan berkenaan sememangnya memerlukan peruntukan secara langsung yang lebih besar daripada kerajaan pusat.

“Kita memang bersetuju dengan cadangan menaikkan sebanyak 15 peratus (daripada lima peratus kepada 20 peratus) royalti minyak dan ia adalah tepat pada masanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Katanya, ia adalah salah satu daripada kesempatan yang paling baik untuk kawasan pedalaman seperti Telang Usan dan Baram mendapat peruntukan lebih kerana banyak perkara khususnya kemudahan pembangunan yang masih kurang.

“Jangan salah faham kerana kerajaan pusat memang beri (peruntukan) sebelum ini, tetapi saya percaya ada sebabnya ia (royalti) belum dinaikkan sehingga kini,” jelasnya.

Dennis percaya perkara itu bakal berjalan lancar kerana kerajaan pusat dan negeri sememangnya mempunyai kerjasama dan persefahaman erat antara satu sama lain.

Namun pada masa sama, beliau menafikan usul berkenaan diluluskan kerana ia pada asalnya dibawa oleh pihak pembangkang.

“Kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat) lebih faham faktor (bila royalti dinaikkan) itu, bukan (diluluskan) atas sebab pihak lain,” tambahnya.

Kelmarin, dilaporkan usul mengenai permohonan untuk menaikkan 20 peratus royalti minyak dan gas kepada kerajaan persekutuan telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak).

Bagaimanapun, ia dikatakan usul yang pada asalnya dikemukakan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) tetapi telah dipinda oleh Abdullah Saidol (BN-Semop).

Usul berkenaan akhirnya diluluskan setelah 68 wakil rakyat dalam persidangan bersetuju sekali gus menyokong usul pindaan yang dibahaskan oleh Abdullah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>