Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Jadikan kokurikulum pembelajaran menjurus kepada penekanan perkembangan individu

$
0
0

BAU: Pengarah Pendidikan Negeri Datu Abdillah Adam mahu semua pelajar menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai bidang pembelajaran yang menjurus kepada penekanan perkembangan individu secara menyeluruh.

Justeru, katanya penglibatan dalam kegiatan kokurikulum melalui kelab persatuan, kelab sukan atau permainan dan badan beruniform perlu dipergiatkan agar ia dapat membina sahsiah diri pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga personaliti.

“Sewajarnya aktiviti kokurikulum dapat mempersiapkan pelajar dengan ciri daya tahan dan daya saing bagi mencapai matlamat menjadi warganegara yang baik,” katanya pada Majlis Perasmian Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2014 di Balai Bomba dan Penyelamat Bau, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Abdillah berkata penyertaan dalam badan beruniform misalnya akan dapat mewujudkan kerjasama antara pelajar berlainan bangsa.

Ini kerana, jelasnya ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani aktiviti di sekolah tetapi dalam gabungan beberapa sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa.

“Kerjasama mereka akan mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme dalam sanubari generasi muda kita,” katanya.

Sementara itu, perkhemahan disertai sembilan pasukan daerah dari seluruh negeri yang merangkumi 319 anggota kadet bersama 56 guru dan jurulatih bomba.

Pasukan terlibat adalah Kuching A dan B, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah dan Miri.

Sempena perkhemahan itu, beberapa acara telah dipertandingkan kepada setiap pasukan.

Pemenang keseluruhan bagi pertandingan perkhemahan tersebut dinobatkan kepada kontinjen Kuching A manakala naib johan ialah Miri.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohamad dan Pegawai Pendidikan Daerah Bau Les Met.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>