Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

JPN lancar inisiatif baharu kurang kes penduduk tiada dokumen diri

$
0
0

KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sara-wak melancarkan inisiatif baharu bagi mengurangkan kes penduduk yang layak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri termasuk sijil lahir kepada kanak-kanak.

Pengarah JPN Negeri Datu Abu Bakar Mat berkata, inisiatif baharu hanya di Sarawak itu merupakan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan menyaksikan Ku-ching sebagai projek perintis.

Menurut beliau, projek perintis di Kuching itu telah bermula pada Julai 2013 dan inisiatif adalah kepada ibu mengandung yang melakukan pemeriksaan dan bersalin di hospital kerajaan.

“Dalam usaha ini, kad kesihatan atau kad klinik kanak-kanak akan kita sahkan dengan nombor sijil lahir sebagai tanda sudah membuat permohonan sijil lahir.

“Selagi tidak ada catatan atau cop oleh jabatan, maka selagi itu kanak-kanak ber-kenaan tidak mempunyai sijil kelahiran,” katanya kepada pemberita pada majlis wawancara bersama media di Pejabat JPN Negeri di sini, semalam.

Tambahnya, kad klinik atau kad kesihatan berkenaan akan dicop atau dicatat oleh jabatan semasa permohonan mendapatkan sijil kelahiran.

Manakala, JKN akan me-laporkan maklumat kanak-kanak yang belum mendaftar berdasarkan kepada kad kesihatan kanak-kanak yang belum dicop atau ditulis nombor daftar kelahiran, semasa mengadakan pemeriksaan kesihatan.

“Inisiatif ini hanya dilaksanakan di Sarawak sahaja dan ia masih di peringkat percubaan iaitu di Kuching dan ia bagi mengelakkan lewat pendaftaran sijil kelahiran.

“Kita akan lihat sama ada inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kes-kes penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kalau dapat sambutan kita laksanakan di tempat lain,” tegasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu JPN Sarawak mempunyai 52 cawangan di seluruh negeri dan jabatan berusaha mengadakan program turun padang atau ‘outreach’ khasnya kawasan pedalaman.

Pada tahun 2011, katanya, jabatan telah melaksanakan program ‘outreach’ dengan memberi kemudahan per-khidmatan kepada lebih 2,641 penduduk pemohon daftar lewat pada tahun berkenaan.

Manakala pada tahun 2012, jumlah menurun dengan 1,725 orang telah mendapat kemudahan ‘outreach’ se-mentara tahun 2013 lebih kurang 488 orang mendapat manfaat daripada 2,320 yang membuat pendaftaran lewat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>