Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Jabu bangga Penan mulai melangkah ke depan

$
0
0

AMANAT: Jabu (berdiri) yang mengetuai kumpulan Stesen R&D Pertanian Bersepadu, semasa sesi bertemu rakyat di Pusat ICT Long Beruang, Ulu Baram.

Puji kaum Penan Ulu Baram yang disifatkannya sudah sedia menerima pembangunan kerajaan

MARUDI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang memuji kaum Penan di Ulu Baram yang disifatkannya sudah bersedia menerima pembangunan daripada kerajaan dan mulai melangkah ke depan.

Usaha kaum Penan itu yang mendapat sokongan penuh kerajaan Barisan Nasional (BN), turut disokong oleh kaum Orang Ulu lain di Baram seperti Kelabit, Saban, Kayan, Kenyah dan sebagainya yang mahu menyaksikan Penan membangunkan kawasan-kawasan mereka di Ulu Baram.

Jabu meluahkan pujiannya itu kepada kaum Penan yang kini sudah mulai berjinak-jinak dengan skim penanaman getah berkualiti tinggi.

“Ini membuktikan bahawa mereka telah menyokong usaha kerajaan dan mulai menerima pembangunan yang dibawa dan dirancang oleh kerajaan untuk mereka dan penduduk lain di luar bandar negeri ini,” ujarnya.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan dan Pemodenan Pertanian berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Dewan Pusat ICT Long Beruang di Ulu Baram, petang kelmarin.

Beliau memberitahu, berbanding tahun 2007, kaum Penan pada hari ini sudah jauh maju.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengadakan lawatan dan bertemu rakyat di kawasan terbabit semasa mengetuai sekumpulan pegawai tinggi kerajaan bagi menubuhkan Stesen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertanian Bersepadu.

Kumpulan terbabit turut terdiri daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Janggu serta pegawai daripada agensi berkaitan.

Mengenai Stesen R&D yang akan dibangunkan itu, Jabu memberitahu bahawa ia akan dibina di atas tapak seluas 20 ekar, termasuk bangunan pejabat yang merangkumi pejabatpejabat Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Klinik Kesihatan dan sebuah sekolah menengah K.9 seperti yang dibangunkan di Long Bedian.

“Selain itu, kumpulan yang sama ini juga akan tampil dengan mencadangkan pembinaan Bandar Baharu Telang Usan, yang akan dirancang dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jabu turut memuji syarikat pembalakan, Kumpulan Samling yang telah membantu kerajaan membina jalan raya, terus dari Bario ke kampung Pa’Daleh.

Sementara itu, antara yang turut serta dalam kumpulan pembangunan yang diketuai oleh Jabu ke Ulu Baram itu ialah tiga pakar dari England, Keith Boyce iaitu pakar pembangunan ekonomi dan penulis mengenai kemajuan masyarakat di luar bandar, Keith Newman yang berminat dengan program penanaman kelapa sawit dan Brenda dari Kuala Lumpur, pakar mengenai kelapa sawit.

Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datuk John Sikie Tayai, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Dennis Ngau serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>