Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

RM2.1 juta bantu mangsa kebakaran tahun ini: Fatimah

$
0
0

LAWAS: Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga membelanjakan RM2.1 juta bantuan kepada 879 keluarga membabitkan 4,619 mangsa bagi 157 kes kebakaran  yang berlaku di Sarawak sepanjang tahun ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM81,017 bantuan diserahkan kepada 47 keluarga meliputi 198 mangsa kebakaran di Kampung Ujong Awat-awat yang berlaku 29 Oktober lepas.

Jumlah berkenaan merangkumi bantuan makanan, wang tunai, peralatan dapur, pakaian harian, pakaian sekolah, bantuan bahan binaan dan pelbagai bantuan lain untuk meringan-kan beban mangsa kebakaran.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang ke lokasi kejadian bukan sahaja untuk menyampaikan bantuan kebakaran, tetapi pada masa sama mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,” katanya pada majlis penyerahan bantuan bencana kebakaran di Kampung Ujong Awat-awat semalam.

Hadir sama ialah Pengarah JKM Negeri Sarawak Noriah Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi Wanita Parti PBB Negeri Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Penolong Pengarah JKM Bahagian Aziah Saruji dam Pegawai Tadbir Sundar Ladin Atok.

Fatimah berkata, konsep turun padang menunjukkan pe-mimpin PBB dan agensi kerajaan lain mengambil berat ma-syarakat yang ditimpa masalah.

“Semangat bersatu padu dalam masyarakat perlu dikekalkan dan sentiasa bekerjasama bukan sahaja ketika senang tetapi juga ketika susah untuk membantu satu sama lain.

“Selain itu, semangat ini selaras dengan Strategi Lautan Biru yang diperkenalkan kerajaan agar agensi dan jabatan kerajaan dapat bekerjsama dengan agensi kerajaan lain untuk membantu masyarakat yang dalam kesusahan,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan bencana termasuk kejadian kebakaran, Fatimah berkata, satu jawatankuasa sudah dilantik yang bertanggungjawab memastikan kesejahteraan mangsa diberi pembelaan dan perhatian.

Katanya lagi, selain kebakaran, JKM turut membantu 10,711 keluarga meliputi 96,646 mangsa melibatkan bencana alam lain di negeri ini termasuk tanah runtuh, ribut taufan, banjir dan paling tertinggi kes kemarau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>