Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

$
0
0

SERIAN: Seorang penung­gang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 44 Jalan Kuching-Serian, malam kelmarin.

Mangsa ialah Isa Semangot berusia 34 tahun dan berasal dari Kampung Tanah Putih, Serian.

Menurut sumber, mangsa semasa kejadian dalam per­jalanan pulang ke kampungnya dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss sekitar jam 7.35 malam.

“Mangsa bagaimanapun terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia dikatakan telah melanggar bahagian tepi kiri belakang sebuah kereta jenis Toyota Ipsum yang didakwa tiba-tiba menukar haluan ke laluan kiri.

“Mangsa yang parah dalam kemalangan tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber.

Beberapa anggota polis dari Balai Polis Serian turut bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan se­baik sahaja menerima laporan berhubung kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serian untuk tujuan bedah siasat, manakala pemandu kereta Ipsum tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Se­rian DSP Mohd Jamali Umi semasa dihubungi mengesa­hkan kejadian tersebut dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Sek­syen 41(1) Akta Pengangku­tan Jalan 1987,” katanya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>