Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Kanowit akan jadi persinggahan penting

$
0
0

RASMI: Gramong memotong reben melancarkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Charlie, Nanga Melipis, Kanowit baru-baru ini.

KANOWIT: Pekan Kanowit bakal menjadi antara tempat persinggahan terpenting di negeri ini setelah Jambatan Sungai Kanowit siap.

Menteri Muda Pelancongan (Acara dan Produk), Datuk Gramong Juna berkata jambatan itu akan menghubungkan Jalan Kapit-Song-Kanowit apabila siap sepenuhnya.

“Kita menjangka atau mengharapkan dua tahun akan datang impian itu akan direalisasikan.

“Ketika ini pihak berkenaan masih memilih kontraktor untuk melaksanakan projek jambatan tersebut bagi membolehkan laluan dari Kapit dan Song terus ke sini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Charlie Salang, Nanga Melipis di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri, Tuai Rumah Charlie dan Pegawai Penerangan Daerah Kanowit, Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Pada masa sama, turut diadakan majlis kesyukuran atas pelantikan Tuai Rumah Charlie sebagai Kaunselor Majlis Daerah Kanowit (MDK).

Gramong yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berkata, pekan Kanowit turut terkena tempias projek jalan raya dan mampu melonjakkan aktiviti ekonomi setelah projek-projek itu siap.

“Pengunjung dari Kapit, Song akan singgah sebentar di pekan Kanowit sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu, Miri, Kuching dan sebagainya. Ini sudah semestinya merancakkan  kegiatan ekonomi di sini.

“Penduduk di Kanowit diingatkan supaya bijak dan merebut peluang itu dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapatan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa penduduk di sini supaya banyak bersabar tentang masalah air di kawasan mereka.

“Loji rawatan air bersih (projek bekalan air bersih) sedang dilaksanakan di Nanga Machan dan Nanga Jagoi/Bukong dengan kosnya RM20 juta. Pihak berkenaan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi itu dengan secepat mungkin dan saya minta rakyat berhentilah merunggut,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan itu turut berkata, pembangunan berterusan daripada kerajaan adalah untuk meningkatkan kemajuan rakyat.

“Gunakanlah peluang tersebut untuk majukan diri dan tingkatkan kualiti kehidupan. Bersyukur dengan apa yang ada kerana ia adalah sebahagian sumbangan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan menggalakkan rakyat agar menceburi bidang ekonomi untuk bersama-sama mencapai kemajuan negara.

Menurutnya, kerajaan menjamin pembangunan untuk rakyat dan melibatkan kos tinggi seperti projek bekalan air bersih, jalan raya, bekalan elektrik dan sebagainya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>