SARIKEI: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha memuji tindakan pantas dua penduduk sebuah rumah panjang yang telah berjaya menyelamatkan rumah panjang mereka daripada hangus, petang kelmarin.
Menurut Suna, tindakan pantas dua penduduk terbabit telah berjaya menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk Rumah Setia, Ulu Minus daripada musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 6.53 petang itu.
Dua penduduk terbabit ialah Bayang Unggok dan Bandang Dinggai, yang menggunakan alat pemadam bagi memadamkan api yang telah marak.
Difahamkan kebakaran kecil itu hanya melibatkan sepintu daripada 18 pintu rumah panjang terbabit yang dibina daripada kayu.
“Tanggungjawab mema-dam tidak hanya pada bomba sahaja, penduduk dan orang awam juga memikul tanggungjawab ini,” ujar Suna kepada pemberita, semalam.
Suna juga memberitahu, usaha penduduk terbabit juga menunjukkan keberkesanan daripada ‘fire point’ dan ceramah-ceramah yang sering dianjurkan oleh pihak bomba, yang mendedahkan kepada penduduk tentang kemahiran memadam kebakaran.
“Dalam aktiviti-aktiviti ini, kami menyerahkan pemadam api, ceramah pencegahan kebakaran dan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
“Pada masa kecemasan, mereka inilah yang kami harapkan untuk bertindak menyelamatkan nyawa dan harta benda. Kes ini menjadi satu contoh yang bagus,” jelasnya.
Suna memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang sebelum mengejarkan sebuah jentera pemadam bersama enam anggota ke sana.
Setibanya di tempat kejadian, api telah berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang menggunakan alat pemadam api.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dari sebuah bilik di rumah panjang terbabit.
Kejadian itu juga menyebabkan seorang wanita sesak na-fas akibat terhidu asap serta pengsan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sarikei bagi mendapatkan rawatan.
Menurut seorang penduduk, Ringka Chawat, 58, api marak di bilik tamu rumahnya menyebabkan beliau, suaminya yang juga tuai rumah serta cucu perempuannya yang berusia empat tahun terperangkap di bilik dapur.
Namun katanya, mujur se-orang penduduk ternampak api di bahagian dinding rumah yang kemudian meminta bantuan daripada Bayang, yang terus bergegas mengambil alat pemadam api.
Ini diikuti oleh Bandang yang menggunakan dua unit alat pemadam api bagi me-madamkan api yang marak serta membakar tilam, langsir dan sebagainya.