Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pemimpin berperanan sampaikan maklumat tentang PERKESO: Cesseylia

$
0
0

SIBU: Program Merakyatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bersama Pemimpin Masyarakat menuntut ketua-ketua masyarakat memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada anak-anak buah mereka mengenai pertubuhan tersebut.

Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sibu Cesseylia Benet berkata, sebagai barisan hadapan bagi kerajaan, ketua masyarakat memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada anak-anak buah, termasuk mengenai PERKESO.

“Objektif program ini antara lain untuk memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman pemimpin masyarakat tentang peranan PERKESO dalam melaksanakan dan menguatkuasakan akta dan peraturan PERKESO.

“Program juga untuk memberi penerangan tentang fungsi dan tanggungjawab pemimpin masyarakat bagi membantu anak-anak buah mereka dalam berurusan dengan PERKESO,” ujarnya ketika berucap menutup Program Merakyatkan PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat, kelmarin.

Hadir sama Pengurus PERKESO Cawangan Sibu Dundang Undong, Temenggung Sir Adrian Ringgau, ketua-ketua masyarakat serta yang lain.

Di samping itu katanya, program juga bertujuan memberi penerangan tentang faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO kepada pencarum-pencarum dan orang di bawah tanggungan mereka.

“Program juga untuk memberi penerangan tentang kaedah dan prosedur membuat tuntutan faedah,” jelasnya sambil memberitahu bahawa PERKESO ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada semua pekerja di negara ini.

Cesseylia berkata, sehingga kini, PERKESO bukan sahaja telah melindungi pekerja swasta malah skop liputan perlindungan keselamatan sosial telah diperluaskan kepada kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak dan sementara.

PERKESO katanya, juga telah mengusahakan pelbagai penambahbaikan demi memastikan pekerja mendapat jaminan kewangan dan perlindungan tatkala ditimpa kemalangan dan kematian.

“Bukan sahaja diri pencarum, malah mereka yang di bawah tanggungan mereka juga mendapat perlindungan,” ujarnya sambil menambah sebagai pekerja, mereka tidak dapat lari daripada musibah seperti kemalangan semasa dalam perjalanan atau balik dari tempat kerja.

Beliau juga berharap peserta program yang telah didedahkan dengan maklumat-maklumat, dapat menyebarkan maklumat tersebut kepada anak buah masing-masing serta membantu mereka dalam menuntut faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>