Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Executive College adakan hari terbuka pada 13 April

$
0
0

SELAMAT DATANG: Executive College mengalukan kedatangan orang ramai sempena hari terbukanya pada 13 April ini.

KUCHING: Executive College (EC) akan mengadakan hari terbuka bertempat di kampus baharunya di Tingkat 2, Crown Square, Jalan Pending pada 13 April ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan akhbar semalam, hari terbuka itu diadakan dengan objektif utama menyediakan peluang terbaik kepada pelajar dan keluarga mengetahui lebih terperinci mengenai program serta aktiviti yang ditawarkan kolej berkenaan.

Kampus EC yang baharu bakal memberi pengalaman terbaik kepada pelajarnya kerana kini ia dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk teknologi tinggi serta fasiliti pengajaran dan pembelajaran canggih.

Hari terbuka itu amat penting kepada pelajar dan lepasan sekolah kerana pelbagai program akan diadakan, antaranya previu bidang pengajian ditawarkan, ceramah kerjaya dan ceramah daripada toastmasters bertajuk ‘Kepentingan Perucapan Awam.’

Turut diadakan nanti ialah pertandingan kuiz dan permainan, sesi kaunseling kepada pelajar yang berminat terhadap program pengajian ditawarkan oleh EC dan bantuan kewangan disediakan.

Minuman ringan disediakan kepada pengunjung, selain pemberian hadiah misteri kepada pendaftar awal.

Pelajar akan belajar dalam kelas yang dilengkapi TV interaktif, perpustakaan, makmal komputer dan akses Internet berkelajuan tinggi dalam persekitaran kontemporari.

Selain terkenal dengan penawaran bidang pengajian Diploma Juruukur Bahan, EC memperkenalkan beberapa program baharu iaitu Asas Seni, dua program Ijazah Sarjana Muda dari IUKL iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Binaan.

Pelajar yang berjaya mendaftar layak mendapat iPad mini percuma yang merupakan antara alat pembelajaran mereka. Pelajar di Executive College akan mendapati mereka kagum dalam dunia pendidikan yang benar-benar memenuhi aspek inovasi.

Orang ramai boleh menghubungi talian 082-345680 atau melayari laman web www.ecollege.edu.my untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>