Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Kuiz ASEAN: Dua pelajar SMK Methodist wakili Sarawak

$
0
0

SIBU: Dua pelajar SMK Methodist dipilih mewakili Sarawak pada peringkat kebangsaan pertandingan Kuiz ASEAN di Putrajaya, Kuala Lumpur hari ini (8 April).

Joanne Lau dan Max Ting masing-masing berusia 16 tahun antara 15 pelajar dari seluruh negara bersaing merebut lima tempat terbaik pada peringkat separuh akhir kuiz tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sarawak Zaini Mohammad berkata, lima peserta akan melangkah ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 10 April bagi memilih tiga terbaik untuk mewakili negara ke peringkat ASEAN.

“Peringkat ASEAN akan diadakan pada Ogos ini di Vietnam. Kira-kira 900 pelajar sekolah menengah negeri ini mengambil bahagian pada kuiz itu bagi peringkat saingan bulan lalu.

“Ia dijalankan secara talian (online),” katanya selepas menyaksikan penyerahan bendera Sarawak oleh Pegawai Penerangan Daerah Sibu Rosman Zaini kepada guru pengiring dua pelajar terbabit, Wong See Chiong di sini, semalam.

Mereka berlepas ke Kuala Lumpur pagi semalam.

Juara kuiz itu akan membawa pulang hadiah RM2,500 manakala naib juara RM1,500 dan tempat ketiga RM1,000.

Tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM750, sementara tempat keenam hingga ke-15 membawa pulang RM300 setiap seorang.

Kuiz ASEAN diadakan setiap dua tahun sekali dan terbuka kepada pelajar sekolah berumur antara 15 dan 17 tahun.

Dianjurkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pendidikan ia bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang hal ehwal, budaya, politik, ekonomi dan sosial negara Asean.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>