
Dr Jerip
KUCHING: Penyakit batuk kering atau tuberkulosis (TB) kini turut dihidapi golongan muda yang dilihat semakin membimbangkan di negeri ini.
Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata penyakit itu selalunya dihidapi golongan tua, namun kini trend menunjukkan golongan muda turut menghidapinya.
Beliau menegaskan, golongan muda tidak seharusnya menghidapi penyakit itu ker ana mempunyai sistem imunisasi yang kuat.
“Apa yang membimbangkan kita sekarang bukanlah peningkatan jumlah kes yang dilaporkan tetapi kerana jumlah pesakit TB daripada golongan muda lebih banyak masa kini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.
Subramaniam pada Isnin lalu berkaitan kes TB di Malaysia yang menunjukkan pening katan jumlah kes sebanyak 13 peratus.
Dalam kenyataannya, Subramaniam berkata, sebanyak 1,597 kes kematian dilaporkan akibat TB di seluruh negara berbanding hanya 1,414 kes kematian pada 2012.
Dr Jerip memberitahu, program suntikan vaksin kepada kanak-kanak di awal usia berkemungkinan tidak berkesan untuk melawan kuman TB.
“Program suntikan vaksin yang kita jalankan adalah untuk meningkatkan kekuatan sistem imunisasi dan antibodi, sebab itu golongan muda mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
“Tetapi peningkakan jumlah pesakit TB melibatkan golongan muda semakin ramai, kita tidak tahu mengapa ia terjadi… apa yang tidak kena dengan program suntikan vaksin yang kita lakukan,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh itu berkata, kes TB di negeri ini masih lagi terkawal meskipun terdapat peningkatan jumlah kes.
“Pada tahun lepas, kita mencatat 2,673 kes TB iaitu meningkat sembilan peratus berbanding 2012, 2,430 kes,” ujarnya.