LIMBANG: Satu majlis serah tugas antara bekas Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang, Anding Unchi kepada Jurutera Bahagian baharu, Noor Ismail Razali di pejabat JKR di sini kelmarin.
Anding akan berpindah tugas sebagai Jurutera Bahagian, JKR Kapit bermula Selasa depan.
Pada majlis itu, beliau berterima kasih atas kerjasama padu ditunjukkan setiap agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan pelbagai program JKR Limbang terutama Perasmian Jambatan Persahabatan Limbang-Temburong Brunei, Sambutan Hari Merdeka dan program lain.
Anding bertugas di Limbang selama lebih tiga tahun sebaik memulakan tugasnya pada Ogos 2013.
Majlis serah tugas itu turut disaksikan pegawai-pegawai JKR Limbang lain.