Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Chieng mohon bantuan untuk ringankan beban

$
0
0

RAYU BANTUAN: Petugas Hope, Kelvin Wan (kiri) bertemu Chieng (kanan) untuk melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh Agnes (didukung Chieng), baru-baru ini.

KUCHING: Chieng Sik Ting menghubungi Hope Place baru-baru ini untuk memohon bantuan bagi anak bongsunya yang merupakan kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU).

Anak beliau, Agnes Liew berumur lapan tahun tidak mampu untuk berjalan atau bercakap dan memerlukan penjagaan sepenuh masa.

Menurut ibunya, kanak-kanak itu mengalami komplikasi di bahagian otak disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otaknya sewaktu lahir.

Beliau bagaimanapun disyorkan oleh doktor untuk memberi Agnes susu tepung PediaSure sebagai makanan.

Namun demikian, Chieng dan keluarga tidak mempunyai sumber pendapatan besar dan kurang mampu untuk membeli susu berkenaan yang mahal.

“Agnes memerlukan sehingga tiga tin susu 1.8kg setiap bulan. Suami saya adalah seorang kontraktor yang memperoleh hanya RM40 sehari dan bersama-sama kami juga ada tiga lagi anak yang bersekolah,” ujar Chieng.

Oleh itu, bantuan bulanan sebanyak RM300 yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak cukup untuk keluarga itu apatah lagi dengan kos yang terpaksa ditanggung untuk membeli susu anaknya.

Chieng pula merupakan seorang petugas Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Stampin yang bertugas membersih dan menjaga pejabat.

Beliau hanya diberi tempat tinggal secara percuma dan tidak menerima sebarang gaji.

Semasa bertemu dengan sukarelawan dari Hope Place, Chieng meminta agar beliau dapat dibantu dalam sumbangan susu PediaSure dan lampin pakai buang untuk anaknya itu.

Pihak Hope Place telah menjalankan penghantaran bantuan dan akan menghantar bantuan tambahan sekali setiap dua bulan.

Untuk maklumat lanjut Hope Place boleh dihubungi menerusi talian 013-5672775 dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>