Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

JKM ubah strategi penerima bantuan bulanan menjadi usahawan berjaya

$
0
0

SIBU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini mengubah strateginya dengan menumpukan kepada pembangunan penerima bantuan bulanan JKM menjadi usahawan-usahawan lebih berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang.

Pengarahnya, Abang Shamshudin Abang Seruji berkata kalangan penerima bulanan bantuan JKM ramai yang produktif dan aktif dalam bidang keusahawanan.

“Dalam kalangan penerima bulanan bantuan JKM ramai berpotensi dalam bidang masing-masing berkaitan dengan perusahaan.

“Kita bangunkan mereka supaya menjadi usahawan-usahawan serta mendidik mereka lebih berjaya dalam kehidupan,” katanya pada Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) 2016 Zon Tengah di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King.

Tambahnya, antara program membangunkan usahawan mikro ialah mempromosikan produk-produk mereka ke pasaran lebih besar, luas dengan pembeli-pembeli lebih ramai.

“Justeru itu, hari ini (semalam) kita membawa kira-kira 30 usahawan dari Kapit, Sarikei, Betong dan Sibu berkumpul mempromosikan produk-produk mereka dengan pasaran lebih luas.

“Itulah tujuan kita. Kita bersyukur ramai orang yang datang. Datanglah nanti ke gerai-gerai mereka dan rasailah produk mereka dan belilah produk ‘WellBest’.

“Itulah jenama produk-produk usahawan mikro kita. Jika keluarannya produk jenama ‘WellBest’. Tiap-tiap produk diharap sudah ditampal dengan jenama ‘WellBest’ supaya setiap orang seluruh Sarawak kenal jika keluarnya jenama ‘WellBest’ bermakna adalah UMK,” katanya.

Sementara itu, Tiong memuji usaha JKM menghimpunkan usahawan dalam satu pesta jualan produk merupakan inisiatif sangat baik.

Katanya, secara tidak langsung memberi semangat kepada usahawan terus berusaha dan berjaya dalam bidang perniagaan tanpa perlu bergantung kepada bantuan kebajikan semata-mata.

“Para usahawan sebenarnya beruntung kerana Sibu merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bandar Sibu merupakan salah satu pintu masuk zon tengah ke negeri ini.

“Peluang ini sepatutnya diambil sepenuhnya bagi memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing,” jelasnya.

Tambahnya, selain daripada itu penyertaan karnival ini membuka ruang kepada usahawan membuat jaringan atau rangkaian perniagaan lebih luas.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>