Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Unit Bumiputera UPP Bawang Assan bantu mangsa kebakaran

$
0
0

SIBU: Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu (UPP) Bawang Assan menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran Rumah Lidwina Mathew yang musnah dalam kebakaran pada petang 10 Disember lalu.

Sumbangan wang tunai daripada ahli-ahli jawatankuasa unit itu disampaikan Pengerusinya Andrew Shilling Bangit kepada Tuai Rumah Lidwina pada satu majlis ringkas di sini, semalam.

Hadir sama Temenggung Stanley Geramong, Penghulu Jeffery Sut serta ahli-ahli jawatankuasa unit itu.

Menurut Andrew, orang ramai yang ingin membantu mangsa kebakaran Rumah Lidwina boleh menghulurkan sumbangan melalui pejabat Unit Bumiputera UPP Bawang Assan.

Setiausaha politik Ketua Menteri itu berkata, sumbangan tersebut amat perlu bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran memulakan kehidupan baharu.

Dalam kejadian 10 Disember lalu, 14 pintu daripada 21 pintu Rumah Lidwina hangus terbakar dipercayai berpunca daripada penjana kuasa elektrik.

Kebakaran menyebabkan lebih 70 penghuni hilang tempat tinggal.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan merangkap Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh menghulurkan sumbangan sejumlah RM11,200 kepada 14 pintu mangsa kebakaran.

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen Sibu dipengerusikan Temenggung Datuk Vincent Lau turut menghulur bantuan sejumlah RM7,000.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>